MAPIM DAN NGO ISLAM BANTAH MCCBCHST MAHU UNDANG-UNDANG DIPINDA DI 5 NEGERI

13 Ogos 2013

Kenyataan Media

 

     

 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM ) bersama beberapa NGO Islam termasuk Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Abim negeri Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH, Pusat Santuni Rakyat (PSR) dan Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah membantah cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang bercadang untuk mendapat sokongan melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak.

 MCCBCHST_letterheadS

Mengikut Presiden majlis antara agama tersebut Jagir Singh ingin memastikan kesemua lima negeri iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.melakukan pindaan untuk menjadikannya selari dengan perlembagaan persekutuan.

Kami menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain . Soal hukum agama Islam ,  tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain.

 

Pandangan majlis tersebut tidak boleh dilayan kerana ia sudah mencampuri urusan dalam hukum agama Islam. Ini adalah suatu tindakan mencabar kuasa negeri yang berkuasa ke atas agama Islam sekaligus mencabar kuasa Sultan yang menjaga urusan agama Islam di negeri-negeri.

 

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes M Indira Gandhi tidak boleh membatalkan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah bahawa hak penjagaan oleh bapa mereka yang menganut Islam adalah sah.

 

Kami berpendirian bahawa kes tersebut yang layak dibicarakan di Mahkamah Syariah tidak sepatutnya diketepikan kerana ia adalah bidangkuasa yang berkait dengan urusan agama Islam.

 

Kami menegaskan pihak kerajaan negeri tidak seharusnya tunduk kepada majlis tersebut kerana soal hukum agama Islam adalah dibawah kuasa Raja Melayu yang berhak mempertahankan kedudukan hukum agama Islam di negeri masing-masing.

 

Isu berkenaan digariskan dala rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak, yang ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.

 

 

 

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST)   mengkritik peruntukkan seksyen 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dibentangkan di Dewan rakyat dan telah ditarik balik. Peruntukkan seksyen itu berbunyi –

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan

a)    mencapai umur lapan belas tahun; atau

b)    jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.

Adalah jelas bahawa Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) cuba menggangusensitiviti masyarakat Islam apabila menggunakan media terbuka untuk memaksakan pandangan salah mereka.

MAPIM mengambil kenyataan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) iaitu rujukan keputusan di dalam kes-kes Subashini a/p Rajasingam lwn. Saravanan a/l Thangathoray (2009) di Mahkamah Persekutuan dan kes Nedunchelian V Uthiradam v. Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors [2005] 2 CLJ 306 yang dirujuk dalam penghakiman Subashini di atas, Mahkamah Tinggi telah mentafsirkan bahawa perkataan “parent” dalam Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai maksud mufrad (singular).

Justeru, keizinan daripada salah seorang ibu atau bapa adalah memadai untuk menukar agama kanak-kanak itu. Ini adalah undang-undang yang telah dijelaskan dan diselesaikan pada masa ini (settled law).

Malah seksyen 107 tersebut bukanlah suatu perkara yang baru kerana ia telahpun wujud di dalam Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedang berkuatkuasa.

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 5 negeri yang dinyatakan berkaitan Pemelukan Islam kanak-kanak sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri  telahpun mendapat pekenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan negeri masing-masing setelah dinasihati oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri tersebut. Oleh yang demikian ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik balik atau dipinda atas arahan atau desakan sesiapa pun.

Kedudukan Hukum Syarak adalah jelas iaitu apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam agama anak tersebut adalah Islam. Walau bagaimanapun ada pandangan yang mengatakan anak yang Islam tersebut boleh diberikan hak jagaannya kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat- syarat tertentu.

Penentuan agama dan hak jagaan adalah dua perkara yang berbeza dan perlu difahami oleh semua orang. Mahkamah juga pernah memutuskan hak jagaan anak yang Islam diberikan kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat tertentu seperti di dalam kes Shamala lwn Dr Muhammad Ridzuan.

Malangnya ibu bukan Islam yang telah diberikan hak jagaan ini telah membawa lari anak tersebut mungkin ke luar negeri dan sehingga kini bapanya yang Islam langsung tidak mendapat hak walaupun berjumpa dengan anak- anak tersebut.

 

Penutup

 

MAPIM  mendesak Pihak Kerajaan di lima negeri ini tidak tunduk kepada sebarang tekanan dari pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) bagi mengubah Enakmen pentadbiran  Undang-Undang Islam yang sedia ada kerana ianya antara lain telah sedia ada di dalam Enakmen yang sedang berkuatkuasa dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sebarang usaha dan tindakan untuk mencampuri bidang kuasa negeri di dalam penggubalan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri adalah bertentangan dan tidak menghormati prinsip pembahagian kuasa (separation of powers) kerana Mahkamah Persekutuan telahpun memberi tafsiran yang padu kepada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

 

_____________________________

MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID

Presiden MAPIM&Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

 

 

_____________________________

YB. Ustaz Ahmad bin Yahya

Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)

 

 

_____________________________

MASADAH BINTI SAJADI

Naib Pengerusi SALIMAH Kedah

 

_____________________________

ZULAZRI BIN MOHD SANI

Yang Dipertua ABIM Kedah

 

_____________________________

HAFIZ BIN MUSTAFA LUBIS

Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah

 

 

_____________________________

AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN

Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Kedah

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: