TENTERA MESIR – HENTIKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ORANG AWAM

Kenyataan Media Bersama

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Citizens international (CI) dan Universal Justice Network (UJN) , Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia ( SHURA )

14hb Ogos 2013

Kami  mengutuk dengan sekeras kerasnya  pembunuhan secara paling kejam terhadap penunjuk perasaan yang aman di Mesir ,  yang berlaku di Kaherah hari ini.

Penunjuk perasaan itu  hanya mahu menuntut pemulihan demokrasi di Mesir dan mereka hanya berhimpun secara aman selama lebih 5 minggu.

946289_562664960477284_208137849_n

Tindakan barbarik dan tidak berperikemanusian ini tidak boleh diterima sama sekali oleh komuniti antarabangsa

Kami mengecam media milik negara Mesir dan kumpulan anti Ikhwan Muslimin yang berterusan selama ini menghasut rakyat serta menganjurkan keganasan terhadap Gerakan Ikhwan Muslimin dan mereka yang menentang rampasan kuasa oleh tentera

Keganansan tentera ini tidak mungkin berlaku  tanpa restu dari US .

Kami menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bangkit dan menentang dan menjatuhkan regim diktator tentera Mesir dan menolak  keganasan yang dimulakan oleh tentera sendiri.

Kami mendesak Setiausaha Agong PBB untuk memanggil Majlis Keselamatan PBB  mengadakan mesyuarat tergempar dengan segera bagi mengambil tindakan serta merta termasuk dibawah peruntukan bab 7 dalam Piagam PBB untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai serta memulih demokrasi di Mesir.

Bab ini mengizinkan PBB mengambil  tindakan tegas termasuk mengenakan sanksi dan tindakan ketenteraan untuk memberhentikan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir.

Kami mendesak OIC dan Liga Arab untuk mengutuk dan mengantung keahlian Mesir dari OIC dan Liga Arab seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.

Kami juga mengesa kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk mengecam pembunuhan beranai-ramai orang awam yang tidak berdosa oleh tentera Mesir dan mengambil inisiatif supaya PBB dan OIC menghentikan pembunuhan dan memulihkan demokrasi di Mesir.

Kami menyeru seluruh NGO dan masyarakat sivil mengadakan demonstrasi besar-besaran di kedutaan Mesir dan mendesak supaya pembunuhan dihentikan dan hak demokrasi rakyat Mesir dipulihkan semula.

SM MOHAMED IDRIS ,  Pengerusi CI

MOHD AZMI ABDUL HAMID , Presiden MAPIM

MOHIDEEN ABDUL KADER , Kordinator UJN

ABDUL GHANI SAMSUDIN , Pengerusi SHURA

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: