GEJALA GANGSTER MESTI DIBENTERAS DENGAN TEGAS

Kenyataan Media MAPIM
1 hb September 2013

Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed , bekas Menteri Penerangan , yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini. Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.

Jika benar , maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar.

Ini juga bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.

Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini.

Ini pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).

Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.

Dengan fakta ini maka kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini. Operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajlela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.

Adakah ini mengambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster ujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?

Kami terkejut membaca kenyataan Datuk Seri Suleiman yang mendedahkan bahawa ada ahli politik yang mengguna khidmat gangster.

Gejala ini jika tidak disiasat , akan menjadikan masyarakat tidak yakin lagi kepada pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.

Kami berpendirian jika gejala mengguna khidmat gangster untuk menjaga keselamatan ahli politik benar-benar wujud maka negara ini sedang mengarah kepada negara mafia .

Jika ahli politik tidak terjamin  keselamatannya sehingga terpaksa mengguna khidmat gangster sedangkan gangster adalah kumpulan yang diburu oleh polis , bagaimana rakyat biasa boleh selamat di negara ini.

Negara ini tidak boleh menjadi sebuah negara yang selamat jika ahli politik yang terlibat dengan persaingan dalam politik pilihanraya negara menerima khdmat gangster yang menggunakan pendekatan yang melanggar undang-undang negara .

Kami mengesa agar pihak polis menyiasat dan bertindak tegas jika ada kebenaran dalam pernyataan Datuk Seri Suleiman itu .

Kami melihat ini akan mengancam keselamatan negara jika gangster dibiar dan dibenarkan beroperasi dalam sistem keselamatan awam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: