SUBSIDI DITARIK TIDAK DIIMBANG DENGAN INTEGRITI KERAJAAN UNTUK KAWAL KETIRISAN DAN BOROS BERBELANJA

Kenyataan Media MAPIM
3hb September 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melihat kenaikan harga minyak bila subsidi sebanyak 20 sen ditarikbalik oleh kerajaan semalam , dengan penuh berhati-hati.

Sementara bebanan subsidi ke atas minyak dan LNG memang tinggi , namun ia harus dilihat secara menyeluruh bagaimana kerajaan mengurustadbir kewangan negara.

blogger-image-60702687

Penjimatan kerajaan sebanyak RM 1.1 bilion  bila subsidi dikurangkan , seharusnya dapat dilihat manfaatnya  bila berlaku  peningkatan kualiti kemudahan kepada rakyat dalam pelbagai sektor yang lain.

Soalnya , setiapkali subsidi minyak dan subsidi yang lain dikurangkan , harapan untuk mendapat kemudahan sektor lain ditambahbaik tidak berlaku .

Harapan untuk pengangkutan awam yang lebih efisien , kos khidmat kesihatan yang berpatutan, kos perumahan yang manasabah , pendidikan  percuma , kemudahan telekomunikasi  yang rendah, pemeliharaan kualiti alam sekitar yang terjamin , keselamatan awam yang meyakinkan ,  malangnya ,  tidak pula berlaku sebagaimana yang sepatutnya bila wang subsidi dapat di ” selamatkan ” .

Sementara kenaikan harga minyak adalah faktor utama yang sering dijadikan alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dan inilah yang disunguti oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah , namun pengguna selalu berdepan dengan desakkan bahawa peniaga tidak punya pilihan melainkan menaikkan harga.

Kami mengambil perhatian  kenapa PM mengumumkan menarik subsidi minyak secara mengejut . Alasannya adalah untuk mengelakkan aktiviti spekulasi harga  , yang dijangka akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang lain.

Namun yang menjadikan kejutan rakyat ialah bila pengumuman itu tidak menjelaskan kenapa ia harus berlaku secara mendadak.

Jika tujuannya adalah untuk merasionalisasikan aliran perbendaharaan kerajaan bagi menangani bajet defisit , maka bagi kami , bila PM menyatakan bebanan rakyat boleh ditampung melalui menambah kuatum BRIM , bagi kami ini adalah polisi yang salah.

BRIM hanya merupakan ubat “tahan sakit” yang boleh menghilang rasa sakit untuk waktu yang sebentar. Namun dalam jangka masa panjang ia bukan satu ubat yang mujarab terutama bila pesakit berada dalam keadaan yang kritikal.

Kami berpandangan rasionalisasi subsidi dengan cara menambahkan BRIM tidak bijak dan bukan pendekatan yang berkesan untuk mengatasi isu kenaikan kos hidup seharian dikalangan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Kami mengambil perhatian bila PM mengumumkan penjadualan semula beberapa projek mega berdasarkan kos barang import yang diguna . Kami berpandangan seharusnya hal ini sudah dipertimbangkan sejak dari awal. Menangguh projek yang sedang dibina sebaliknya akan menambahkan kos kerana pemaju tidak akan mahu menanggung beban kos akibat penangguhan.

Kami menerima hakikat subsidi bukan suatu cara yang boleh bertahan lama. Wang rakyat yang tidak diurus dengan baik sehingga dihabiskan untuk membayar subsidi yang tinggi adalah tidak produktif untuk jangkamasa panjang.

Walau bagaimanapun jika suatu pentadbiran  tidak bijak mengawal ketirisan dan tidak mampu mengawal perbelanjaan yang membazir dan boros , maka penarikan subsidi tidak akan memberi manfaat yang sepatutnya kepada rakyat.

Sebab itu kami berpendapat penarikan subsidi jika tidak diimbang dengan peningkatan integriti pengurusan kerajaan , akan mengakibatkan sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pasti akan memberi kesan yang parah kepada rakyat marhain.

Kami mendapati rakyat maseh tidak berpuashati terhadap uruskelola kewangan negara. Terlalu banyak perbelanjaan yang tidak rasional seperti BRIM , berbelanja untuk hari perayaan dan acara peresmian persidangan dan mesyuarat kerajaan yang melampau oleh hampir semua agensi kerajaan , lawatan keluar negara oleh pemimpin negara  yang mengguna wang awam yang sangat tinggi dan tidak beretika  dan pembeliaan alatan kerajaan yang melanggari prosidur sehingga membazir seperti dicatat dalam laporan Audit Negara.

Semua ini dilihat oleh rakyat sebagai ketidakwajaran kerajaan membeban rakyat dengan kenaikan harga minyak. Di satu pihak rakyat diminta memahami beban subsidi adalah tidak rasional untuk ekonomi negara , disatu pihak yang lain rakyat melihat pemimpin negara hidup mewah , tidak perlu berbelanja wang sendiri untuk membayar bil bulanan dan tidak perlu risau berfikir berapa wang tunai yang ada untuk mengisi minyak kenderaan.

Melihat rakyat berpusu-pusu berbaris panjang untuk mengisi minyak pada malam semalam hanya dengan harapan dapat berjimat beberapa puluh ringgit sebelum harga minyak RON 95 naik 20 sen pada jam 12.01 pagi 3 hb September 2013 menandakan betapa kenaikan yang dilihat kecil oleh para perancang dan pemimpin ekonomi negara adalah sangat besar disisi rakyat biasa.

Kini natijah selanjutnya ialah rakyat akan melihat peniaga beralasan bahawa mereka tidak punya pilihan kerana mereka menerima bekalan dengan kos yang sudah meningkat , akan akhirnya tidak dapat dikawal dan beban kos perlu ditanggung oleh pengguna , kerana kerajaan juga perlu menjaga kepentingan para peniaga disemua peringkat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: