MAPIM GESA PEGUAM NEGARA SEGERA FAIL RAYUAN ISU BUKU KARANGAN IRSHAD MANJI HINA ISLAM

Kenyataan ‘Media MAPIM
6 hb September 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia (MAPIM) kesal keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin terhadap kes pembatalan  pengharaman buku oleh KDN yang menghina dan mempersendakan agama Islam . Buku asal dalam bahasa Inggeris Allah , Freedom and Love yang diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu  Allah , Kebebasan dan Cinta  karangan seorang warga Kanada , Irshad Manji  jelas mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan  Islam.

Keputusan Mahkamah yang memerintah menarik semula pengharaman buku itu beredar dikalangan mesyarakat di Malaysia adalah sangat dikesali dan tidak dapat diterima.

irshad manji

Alasan hakim bahawa buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu tidak boleh diharamkan pengedarannya kerana edaran dalam Bahasa Inggeris sebelum ini tidak diharamkan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof mempersoalkan kenapa buku itu diharamkan selepas ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diterbit oleh ZI Publication Sdn Bhd.

MAPIM berpendapat alasan Hakim sangat lemah untuk membenarkan buku itu diedarkan dalam masyarakat. Hakim tidak melihat secara menyeluruh tanggungjawab KDN  mengawal pihak tertentu dalam masyarakat di negara ini menyebarkan bahan yang boleh merosakkan pemikiran dan menyentuh sentimen Umat Islam. Dengan mudah mengedar buku yang boleh mengeliru dan menghina Islam sebagai agama di negara ini membawa implikasi kemuiaan Islam boleh dimomok-momokkan sebagai sebuah dasar resmi negara.

Kami menegaskan isunya bukan sekadar kerana ia diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu , tetapi ialah isu isi kandungan buku itu yang jelas menjadi sebab KDN mengharamkannya kerana mengandungi isi  mempromosi amalan hidup songsong dikalangan masyarakat.

Malah pengarangnya Irshad Manji adalah seorang penyokong kuat kepada Israel dan seorang yang mengamalkan seks songsang. Dalam Wikipedia dia dicatat seorang Lesbian dan mengetuai Ngo bernama Project Ijtihad yang mendapat sumbangan dari seorang penderma Yahudi , Nina Rosenwald.

Manji mendapat promosi meluas di dunia Barat terutama di US kerana mengenengahkan pandangan radikal dan kritikal terhadap Islam yang dianggapnya bermasalah kerana tidak menghormati kebebasan termasuk soal homoseks. Beliau mendakwa pemikiran Islam sekarang tidak kondusif kepada kebebasan.

Kami mendesak Peguam Negara dengan segera menfailkan rayuan terhadap keputusan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi itu meletakkan prisiden yang bahaya terhadap kemungkinan pelbagai pihak lain yang ghairah menyerang kesucian Islam dengan pandangan liberal sekular Barat.

Keputusan ini mesti dicabar supaya buku ini seperti buku-buku lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta memelihara keharmonian antara rakyat beragam agama di negara ini tidak berleluasa.

Kami dengan ini mengesa Peguam Negara bertindak segera supaya rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi agar pengharaman buku itu  diedar dikalangan masyarakat oleh KDN dapat dikekalkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: