TERAS TIDAK BERSETUJU SYARAT LULUS BI UNTUK SPM

Kenyataan Media TERAS
8 hb September 2013

TERAS tidak setuju BI dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat sijil SPM. Ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.

Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.

Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI maseh lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut  ?. Pihak Kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.

Penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak  perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi . Suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.

Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM.

Dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.

Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan. Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk mengagalkan seseorang pelajar dalam SPM.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: