ADAKAN REFERENDUM RAKYAT ISU TPPA

Kenyataan Media MAPIM
10hb September 2013

 

MAPIM mengesa agar kerajaan adakan referendum jika bantahan rakyat dan pelbagai pihak mengenai isu TTPA tidak mahu dilayan oleh kerajaan.

Dengan pelbagai persoalan yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mewakili kerajaan maseh mahu meneruskan perundingan dalam TTPA dan menentukan  penyertaan Malaysia akhirnya akan turut menandatangani perjanjian tersebut.

Kami tidak faham apa sebenarnya yang mendorong kerajaan bersungguh mahu meneruskan penyertaan dalam proses perundingan TTPA ?. Apakah ada pihak yang menekan Malaysia  untuk terus menyertai TTPA.? Kepentingan siapa yang sebenarnya yang mahu dijaga dan kenapa kerajaan seolah terlalu terdesak untuk menyertai TTPA?

Kami mempersoalkan dan membantah penyertaan Malaysia dalam proses perundingan TTPA adalah kerana kita tidak perlu mengikatkan diri dengan mana-mana pihak untuk berdagang. Kita harus bebas mahu berdagang dengan mana-mana negara tanpa perlu terikat dengan perjanjian yang mensyaratkan negara kepada ikatan undang-undang.

Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan banyak pula yang dirahsiakan , maka kami merumuskan perjanjian TPPA bukan suatu perundingan yang pro rakyat akan tetapi pro bisnes semata-mata yang lebih menguntungkan kuasa besar dan melanjutkan proses penjajahan semula negara ini.

Apabila TTPA merupakan perundingan yang penuh kerahsian sehingga para penggubal undang-undang negara iaitu ahli parlimen sendiri tidak mengetahui perincian dalam perjanjian yang bakal ditandatangani itu , kami berpendapat sudah sampai masanya suatu pengumpulan suara rakyat dilancarkan untuk menentukan semada rakyat mahu atau menolak TPPA.

Kami mendapati kerajaan nampaknya tidak peka dengan suara rakyat sedangkan rakyat berhak membantah kerana ia mempunyai implikasi besar kepada kehidupan mereka.

Kami dengan itu berpendapat referendum ini akan benar-benar menggambarkan kehendak rakyat terhadap isu TPPA dan kerajaan perlu mengambil sikap terbuka dalam hal ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: