DASAR BERBELANJA SEDERHANA DAN BERJIMAT CERMAT MESTI DIJADIKAN DASAR YANG KEKAL

Kenyataan Media MAPIM
9hb September 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa dasar berbelanja berjimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan hendaklah menjadi dasar yang kekal.

Arahan berjimat cermat sepatutnya menjadi komponen yang integral dalam prosidur berbelanja dalam agensi kerajaan. Tidak perlu menunggu sehingga keadaan kewangan menjadi terdesak .

Kami menegaskan seruan berjimat cermat kepada semua agensi kerajaan tidak boleh bermusim atau ketika kewangan kerajaan menghadapi krisis.

Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan masing-masing sangat dialu-alukan .

Akan tetapi hal ini sudah beberapa kali diulang  ketika kerajaan berhadapan dengan masalah  defisit yang semakin membesar dan hutang negara dan hutang domestik terus meningkat.Malangnya arahan ini hanya menjadi retorik yang tidak mempunyai kesan.

Kami mendapati seolah-olah seruan berjimat ini hanya dilakukan ketika keadaan kewangan terhimpit padahal berjimat adalah prinsip yang sepatutnya kekal menjadi prosidur yang tetap dan berterusan di semua peringkat.

Terlalu banyak tabiat berbelanja oleh agensi kerajaan yang tidak dikawal dengan rapi . Kerap berlaku perbelanjaan berlebihan dikeluarkan kerana ada arahan dari pihak atasan sedangkan pegawai pelaksana tahu bahawa ada perkara yang tidak perlu dibeli atau dibelanja.

Kami tidak faham apakah sebenarnya mekanisme perbelanjaan yang ditetapkan oleh kerajaan . Prosidur yang ditetapkan oleh perbendaharaan sepatutnya sudah cukup untuk mengenalpasti bahawa perbelanjaan membazir diluar prosidur tidak boleh dilakukan.

Malah sistem pengesanan pembaziran juga sepatutnya dapat dikenalpasti lebih awal disemua peringkat agensi kerajaan.

Sebenarnya terlalu banyak pembaziran yang dapat dikesan oleh Audit Negara. Seperti dalam laporan tahunan Audit Negara mendedahkan perbelanjaan banyak agensi kerajaan yang tidak rasional semada dalam pembelian dan juga dalam urusan perbelanjaan keraian kerajaan.

Malah berlaku kemudahan kerajaan disalahguna untuk urusan parti politik dan menghabiskan wang kerajaan untuk menyambut pelbagai acara politik atas nama acara agensi kerajaan.

Kami ingin mengingatkan dasar jimat cermat tidak boleh menjadi retorik kosong hanya untuk menyedapkan telinga rakyat. Padahal amalan bermewahan dalam berbelanja dipelbagai agensi kerajaan sangat ketara.

Kerajaan bertanggungjawab memastikan semua perbelanjaan mengikut prosidur yang ketat dan rapi. Ia meliput perbelanjaan dari sekecil seperti berjimat dalam penggunaan kertas , penggunaan telefon  sehingga soal membawa pegawai ke luar negara.

Kami mendapati menjadi kelaziman acara sambutan dan program resmi yang dianjur oleh kerajaan sering mewah dan membazir. Tidak logik acara sambutan hanya untuk menerima lawatan seorang Menteri terpaksa berbelanja mewah.

Kami menuntut supaya kesederhanaan dijadikan suatu dasar yang resmi dalam semua acara kerajaan. Mekanisme membenteras ketirisan dalam perbelanjaan hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh.

Kami mengesa supaya kerajaan menilai semula semua rancangan projek mega yang akan menyebabkan hutang kerajaan meningkat. Kajian semula rasional dan keperluan projek-projek tertentu yang hanya bersifat simbolik hendaklah dilaksanakan.

Kami juga mengingatkan bahawa menyeru kakitangan agensi kerajaan supaya berjimat cermat hendaklah dicontohi terlebih dahulu oleh pemimpin kerajaan diperingkat atasan. Tidak ada gunanya seruan kepada pegawai bawahan supaya berjimat cermat dikeluarkan , padahal pegawai diperingkat tertinggi berbelanja mewah .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: