LAPORAN KEMATIAN GAZA SECARA PERLAHAN – MAPIM GESA DUNIA BERTINDAK DENGAN SEGERA

LAPORAN KEMATIAN GAZA SECARA PERLAHAN – MAPIM GESA DUNIA BERTINDAK DENGAN SEGERA

Kenyataan Media MAPIM
27 September 2013

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan untuk mengetahui bahawa ketika sebuah negara sedang mengalami kekacauan politik, negara jirannya pula dibebani oleh kemelesetan teruk akibat peperangan.

Gaza sedang berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup untuk mendapatkan keperluan paling asas untuk rakyatnya. Makanan, ubatan dan bahan api merupakan keperluan penting untuk menjalani kehidupan biasa manakala keperluan lain juga adalah tambahan bagi memenuhi apa yang diperlukan oleh sebuah negara untuk menjamin kelangsungan hidup rakyatnya.

Gaza yang tertakluk kepada sekatan yang dikenakan ke atasnya dilihat sebagai satu hukuman kolektif  yang merupakan satu perlanggaran Hak Asasi Manusia dan sebarang undang-undang antarabangsa. Sekatan itu bermaksud untuk menjerat negara itu sehingga mati.

Ia bukan hanya sekatan tetapi mengehadkan pergerakan barangan dan rakyat dengan niat untuk memusnahkan negara dan menyekat sebarang ruang untuk kehidupan biasa terhadap seluruh rakyat.

Inilah apa yang ditinggalkan terhadap Gaza yang dibiarkan untuk berjuang atas helah atau dalih untuk melindungi keselamatan Israel. Menguatkuasakan sekatan pada fakta sebenar adalah satu deklarasi perang, alat perang ofensif  untuk melemahkan kuasa penentang.

Oleh sebab itu pengunduran Israel dengan semenanjung Gaza tidak menamatkan Israel sebagai kuasa penceroboh. Malah ia merupakan kuasa penceroboh apabila ia masih mengawal dengan berkesan  jalan keluar dan masuk ke Gaza melalui ruang udara, laut dan darat.

Hasil tindakan ini amat memeritkan. Sekatan itu telah menghentikan pembinaan semula dan pemulihan beribu rumah, sekolah, hospital dan rangkaian bekalan air. Gaza terpaksa meneruskan kelangsungan hidup di bawah sumber yang pupus dan ekonominya yang lumpuh dan dengan itu meningkatkan pergantungan penduduk kepada bantuan.

Lebih buruk, tindakan bersekongkol antara pihak berkuasa tentera Mesir dan Israel .  Semua pintu masuk untuk membolehkan bekalan makanan dan penduduk Gaza ditutup bukan hanya melalui satu-satunya jalan darat yang boleh dilalui iaitu sempadan Rafah tetapi juga pemusnahan terowong yang dibina oleh penduduk Gaza sebagai talian hayat untuk membawa keperluan asas ke Gaza.

Penutupan semua pintu masuk dan pemusnahan terowong sebagai ruang pernafasan untuk Gaza, kini semakin memburukkan lagi krisis di Gaza.

Adalah sesuatu yang paling tidak berperikemanusiaan untuk membenarkan penduduk Gaza berdepan dengan kematian secara perlahan ketika mana negara lain di dunia ini hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja.

Rejim tentera Mesir yang berkuasa sejak 3 Julai 2013 kini memburukkan apa sahaja yang berkaitan dengan rakyat Palestin. Atas alasan dan imej negatif yang dipaparkan oleh tentera Mesir terhadap Gaza , semenanjung Gaza berdepan dengan sekatan yang melibatkan semua sempadan dan operasi pemusnahan terowong.

Kempen menghasut sedang dijalankan di beberapa media Mesir terutama sekali yang dibiayai oleh ahli perniagaan yang dikaitkan dengan rejim Mubarak dan beberapa negara Teluk sehingga revolusi pada 25 Januari 2013. Mereka menegaskan bahawa Hamas turut campur tangan dalam hal ehwal dalaman Mesir dan menggesa Tentera Mesir melancarkan serangan tentera ke atas Semenanjung Gaza.

Tiada bukti ditemui berhubung penglibatan rakyat Palestin di Mesir termasuk Sinai. Malah jika ada pun, hukuman kolektif oleh pihak berkuasa Mesir yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di Gaza mencabuli undang-undang antarabangsa.

Perlu diingatkan bahawa Mesir tidak pernah mengenakan sebarang sekatan terhadap rakyat Isreal untuk mengunjungi Mesir walaupun lima rakyat Mesir terbunuh dalam serangan udara oleh Israel pada 2011.

Kini kehidupan di Gaza amat sukar dengan ketiadaan sumber tenaga yang berterusan disebabkan oleh bekalan elektrik yang terhad dan kekurangan bahan api. Gaza kini di ambang krisis tenaga yang amat teruk dengan putusnya bekalan elektrik sehingga 12 jam dan kekurangan bahan api untuk penjana elektrik.

Setiap saat, satu pertiga penduduk Gaza hidup tanpa elektrik. Kekerapan kekurangan tenaga elektrik ini berisiko bagi pesakit jantung dan dialisis serta bayi di dalam inkubator, dan meningkatkan kesukaran hidup harian dikalangan penduduk umum.

Hingga ke hari ini, lebih 1.5 juta rakyat Palestin menderita hidup dalam kemiskinan dan bergantung kepada bantuan. Sekatan ke atas Gaza yang dilakukan oleh Mesir ini telah menghalang pembinaan semula infrastruktur Gaza yang musnah teruk ketika serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak beberapa tahun yang lepas.

Sektor elektrik Gaza mengalami kekurangan. Israel enggan  membenarkan alat ganti yang diperlukan untuk membina semula infrastruktur yang musnah. Jumlah bahan api yang terhad yang diperolehi oleh Gaza dari Israel dan Mesir amat sedikit daripada apa yang diperlukan.

Kehidupan tanpa maruah kini merupakan satu realiti di Gaza pada masa kini. Ketiadaan bekalan tenaga juga bermakna kanak-kanak mengalami tempoh kegelapan yang berpanjangan ketika mereka memerlukannya untuk belajar. Sering terdapat keadaan yang tiada pilihan bila mereka terpaksa melakukan kerja sekolah mereka dengan menggunakan lilin dan lampu minyak tanah.

Keadaan yang teruk di Gaza ini telah menyebabkan MAPIM mengambil daya usaha dan inisiatif bagi menerbitkan laporan mengenai  keadaan kemerosotan kemanusiaan di Gaza selepas rampasan kuasa di Mesir.

Kami menyokong laporan ini oleh penyelidik bukan hanya sebagai dokumen bukti kesaksian yang menunjukkan tindakan ganas tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk awam tetapi juga satu pencabulan undang-undang antarabangsa yang melayakkan  komuniti antarabangsa berhak untuk bertindak  terhadap kezaliman oleh Mesir dan Israel dan menuntut agar sekatan keatas Gaza ditarik balik.

MAPIM sebagai sebuah pertubuhan yang  menyatakan solidariti  bersama dengan penduduk Gaza dan rakyat Palestin seluruhnya mendesak agar  laluan masuk dan keluar ke Gaza dibuka semula.

Tindakan menutup sempadan oleh pihak berkuasa Mesir itu sama seperti berpakat dengan kuasa penceroboh Israel untuk melaksanakan agenda membunuh penduduk Gaza  secara perlahan-lahan.

Kami menuntut supaya ini dihentikan sertemerta. Ia mesti disertai oleh agensi antarabangsa dan tidak menunggu untuk Israel memilih mengikut sesuka hatinya untuk membuka laluan kepada Gaza.

Kami juga menggesa pihak berkuasa Mesir supaya membuka semula sempadan Rafah untuk membenarkan pergerakan keluar masuk secara bebas bagi penduduk dan barangan yang diperlukan untuk survival Gaza.

Kami juga turut menggesa PBB mengambil langkah untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada penduduk yang amat memerlukannya di Gaza.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: