MAPIM GESA ASEAN SELESAI SEGERA ISU PELARIAN ROHINGYA

Kenyataan Media MAPIM
20 hb September 2013

MAPIM menuntut semua negara Asean yang menerima pelarian etknik Rohingya  supaya memberi perlindungan hak asasi manusia yang sewajarnya kepada mereka.

Kami menegaskan bahawa penindasan yang dialami oleh kaum Rohingya akibat dasar yang zalim yang dipaksa oleh pemerintah Myanmar di Arakan adalah jelas sangat tidak berperikemanusiaan dan melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa .  

Oleh itu mana-mana negara yang didatangi oleh pelarian tersebut perlu menghulurkan bantuan kemanusiaan dan melindungi hak asasi mereka sebagaimana yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.

Mereka tidak boleh dibiar hanyut diperairan antarabangsa dan berkemugkinan mati kebuluran bila mereka cuba menyelamatkan diri dari operasi penghapusan etnikRohingya di Myanmar.

Kami mengingatkan bahawa pelarian Rohingya di Thailand dan Malaysia kini terdedah kepada  sindiket pemerdagangan manusia yang amat licik. Broker dari kedua belah negara kini beroperasi dengan sangat halus mengguna pelbagai perhubungan untuk membawa pelarian melepasi sempadan dengan menuntut bayaran yang lumayan dari mereka.

Sementara pihak berkuasa Malaysia dan Thailand perlu mengambil sikap perikemanusiaan ke atas pelarian Rohingya , tindakan yang tegas perlu diambil untuk menahan kumpulan broker yang berleluasa beroperasi antara kedua-dua negara.

Sebenarnya broker yang beroperasi menjalankan pemerdagangan manusia di Thailand dan Malaysia sangat mudah dikesan jika pihak berkuasa kedua belah negara melancarkan tangkapan keatas sindiket yang menjalankan kegiatan haram itu.

Kami sangat prihatin mengenai ramai pelarian Rohingya yang maseh ditahan oleh pihak polis dan imigresyen dalam keadaan yang sangat tidak selesa dan menghadapi nasib yang tidak menentu.

Di Thailand kami difahamkan terdapat lebih 1700 pelarian Rohingya yang maseh ditahan dibeberapa tahanan polis didalam kamar yang kecil melebihi 8 bulan. Mereka disumbat dalam bilik tahanan yang sempit kerana pihak polis imigresyen Thailand tidak menyediakan pusat depo pendatang tanpa izin.

Kami khuatiri jika mereka dihantar ke laut antarabangsa , kemungkinan besar mereka akan berlayar ke perlautan Malaysia . Setakat ini polisi Thailand ialah pelarian Rohingya yang baru tidak dibenarkan berada di Thailand.

Kami kesal kenapa pihak UNHCR tidak bertindak menyelamatkan pelarian tersebut yang ditahan dalam keadaan yang sangat teruk dan memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan hak asasi manusia dalam tahanan Thailand.

Pelarian Rohingya tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana pihak kerajaan Myanmar telah menetapkan mereka bakal berhadapan tindakan yang tegas dan akan dipenjara jika pulang ke Myanmar.

Kami tidak dapat menerima kenapa Sekretariat Asean tidak melihat masalah pelarian Rohingya sebagai masalah yang perlu diselesaikan segera oleh kerajaan Myanmar dengan mengguna prinsip Hak Asasi Manusia yang dipersetujui oleh semua negara anggota Asean .

Mengembalikan hak kerakyatan Rohingya sebagai rakyat Myanmar adalah satu-satunya cara penyelesaian yang sepatutnya diambil untuk mengatasi isu pelarian etnik Rohingya ke negara Asean yang lain.

Kami mengesa Malaysia memgambil inisiatif memanggil sidang khas isu pelarian Rohingya diperingkat Menteri Luar negara anggota Asean. Penyelesaian pada hakikatnya berada ditangan kerajaan Myanmar. Namun kerana pelarian etnik Rohingya telah melimpah ke negara anggota Asean yang lain maka sekretariat Asean tidak boleh mengambil pendirian isu ini adalah isu dalam negeri .

Negara anggota Asean yang lain seperti Malaysia , Thailand dan Indonesia berhak bersuara dan menggesa penindasan dan pemusnahan etnik Rohingya di Myanmar oleh kerajaan Myanmar mesti dihentikan

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: