PERGINYA SEORANG TOKOH ISLAM SUATU KEHILANGAN BESAR

Kenyataan Media MAPIM dan TERAS
26hb September 2013

Seluruh warga MAPIM dan TERAS merakamkan ta’ziah kepada ahli keluarga Dato Seri Ust Azizan Abdul Razak diatas kembalinya beliau ke Rahmatullah.

Sesungguhnya kami mendoakan ruh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin , solehin dan para mujahidin .

Pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara. Beliau ada seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam .

Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar.

Sebagai  ilmuan , ulama dan ahli politik , tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang beliau memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.

Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mengujudkan Kolej Universiti Insaniyyah amat dikagumi.

Ternyata beliau telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya  sendiri. Beliau tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup dirumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.

Ta’ziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam. Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM dan TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: