TERAS DESAK TINDAKAN DIAMBIL JIKA TRENGGANU MAHU KESELAMATAN BANGUNAN AWAM TERJAMIN

Kenyataan Media TERAS

1 hb Oktober 2013

Keruntuhan bumbung masjid Tebauk  di Trengganu dan beberapa keruntuhan bangunan awam di Negeri tersebut sejak 2009 telah menyebabkan  persepsi negatif rakyat terhadap tahap kawal selia dan penyelenggaraan agensi kerajaan yang terbabit dengan pembinaan bangunan , semada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

Soal yang lebih serius ialah bagaimana bangunan yang dibina telah melepasi pemeriksaan rapi sebelum kelulusan memperolehi sijil layak duduk dikeluarkan.

Insiden bumbung dan bangunan runtuh tidak sepatutnya berlaku berulang kali jika kawalselia ketat dikuatkuasakan bermula dari meluluskan tender dan anugerah kontrak sehingga mengeluarkan sijil CF.

Walaupun insiden runtuh dan pembinaan yang tidak berkualiti kebetulan nampaknya berlaku terus menerus di Trengganu , 4 kejadian pada 2009 dan 2 kejadian pada 2013 (mengikut laporan The Star), namun terdapat juga bumbung Hospital Serdang yang runtuh pada hari yang sama bumbung Masjid Tebauk di Trengganu itu runtuh pada 30hb September 2013.

Soalnya apakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab diseluruh negara tidak memastikan SOP yang ditetapkan diikuti sepenuhnya oleh kontraktor yang dianugerah kontrak membina bangunan awam .

Kini sejak keruntuhan stadium di Trengganu yang tidak diperbaikki sehingga kini , dan diekori dengan keruntuhan bumbung 3 buah Masjid dan  bangunan lain yang berturut-turut  , belum jelas apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa untuk membetulkan keadaan.

Walaupun hanya beberapa orang sahaja yang dilaporkan tercedera sepanjang kejadian bangunan runtuh di negeri itu , apakah jika telah berlaku nyawa yang terkorban dan dilaporkan secara meluas dalam media , baru pihak berkuasa akan bertindak lebih serius.

Benar sekali teguran YB Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak bertindak sejak keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2009 . Sehingga ini tidak ada yang diheret ke mahkamah yang menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat.

Kini negeri Trengganu mendapat jolokkan Darul Runtuh yang memalukan kerana keruntuhan masjid seolah menjadi ciri berterusan di Trengganu.

Kami berpendirian bahawa bukan sahaja isu kerugian jutaan ringgit telah berlaku , akan tetapi juga seluruh wibawa agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia keselamatan semua bangunan awam yang sepatutnya diawasi dengan ketat dari sudut kualiti binaan , kini dipersoalkan .

Agensi yang sepatutnya memeriksa dengan teliti semua spesifikasi yang perlu dipenuhi kini sudah dipersoal dari sudut tahap professionalisme

Arahan Menteri Besar Trengganu supaya SPRM menyiasat itu sudah cukup menggambarkan sejak dari awal lagi kepincangan dalam pembinaan dan pemberian tender kepada kontraktor sepatutnya dikesan dari awal.

TERAS menegaskan bahawa pihak agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan awam mesti serius untuk mengawal kualiti bangunan yang dibina .

Bukan sahaja imej negeri Trengganu terjejas malah imej Negara akan dipandang rendah oleh orang luar yang meneliti laporan yang disiarkan di media umum.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: