MAPIM TEGASKAN SEKALI LAGI OBAMA TAK PERLU DATANG

Kenyataan ‘Media MAPIM
2hb Oktober 2013

Pengumuman Obama menangguh lawatan ke Malaysia adalah suatu maklumat yang kami sambut dengan lega.

Akan tetapi ini tidak bermakna kami maseh menerima bahawa beliau akan disambut untuk datang ke Malaysia sesudah isu dalaman negara US selesai.

Kami tetap bertegas bahawa Presiden US itu tidak dialu-alukan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang.

Rakyat Malaysia sangat tahu agenda US dan kehadhiran beliau akan melambangkan negara menyambut seorang Presiden sebuah kerajaan US yang berkonspirasi untuk menghancurkan umat Islam dan mengeksploitasi negara membangun seperti Malaysia.

Tidak ada sebab kenapa Malaysia harus bersedia menerima beliau sedangkan polisi luar negara US sangat ganas terhadap negara-negara umat Islam atas nama membenteras terorism.

MAPIM mengesa agar PM Datuk Seri Najib membatalkan terus jemputan Obama untuk datang ke Malaysia.

Kuasa imperialis itu tidak seharusnya diberi muka untuk mengguna pengaruhnya bagi memujuk Malaysia agar ikut kehendak US dalam apa agenda sekalipun.

Kini beliau sendiri terpaksa menghadapi masalah dalaman negaranya sendiri yang membuktikan US tidak layak menasihati mana-mana negara untuk mengadakan perjanjian dengannya semada dalam bidang ekonomi , keselamatan dalam negeri , ketenteraan  manupun politik.

Kami menggesa PM Malaysia jangan terlalu takut untuk menyatakan pendirian tegas terhadap segala polisi US yang bersifat hipokrit bila bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia .

Kami tidak akan teragak untuk sekali lagi merancang agar rakyat menunjukkan sikap tegas menolak kedatangan Obama jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia pada tarikh yang baru.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: