TAHAN DAHULU PERBEKALAN TAMBAHAN YANG DIPOHON

Kenyataan Media MAPIM
3hb Oktober 2013

“Bila ternakan sudah berkeliaran lari , baru hendak dikunci pagarnya”.  Demikian analogi kami melihat satu demi satu salah perbelanjaan pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan dalam Laporan Audit Negara 2012.

Bila sudah berbilion ringgit yang dibazirkan dengan pembelian yang tidak perlukan , pembayaran yang melampau tinggi ,dan kecuaian mengurus aset yang dibeli , barulah nasihat berhemat dan cermat dikeluarkan kepada agensi yang ditegur Ketua Audit Negara.

Jabatan Audit Negara sepatutnya dipuji kerana telah dapat mendedahkan kepincangan dalam  pengurusan perbelanjaan agensi-agensi kerajaan setiap tahun. Akan tetapi untuk melaporkan sahaja sudah tentu tidak memadai.

Sekarang dengan pelbagai pembaziran dalam perbelanjaan agensi-agensi yang dilaporkan itu , apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan?

Kami tidak dapat mengelakkan dari menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap pembaziran berbilion ringgit dalam Laporan Audit Negara 2012.

Lebih kesal lagi , baru sahaja pihak Kementerian Kewangan mahu memohon peruntukan tambahan bernilai lebih RM 14.12 bilion lagi atas alasan bajet yang diluluskan dalam pembentangan bajet terdahulu tidak mencukupi.

Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan meliputi Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu  RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.

Dilaporkan bahawa  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan yang dibentang pada 14 hb Septemebr 2013 untuk  diluluskan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan sekarang adalah untuk  Kementerian Pendidikan, RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan, RM300 juta, Kementerian Pertahanan RM239 juta, dan Kementerian Dalam Negeri RM205.1 juta.

Jika Jabatan Audit Negara telah mengenal pasti begitu besar ketirisan , pembaziran , salah beli dan salah urus perbelanjaan yang telah diluluskan sebelum ini , apakah justifikasi peruntukan tambahan yang dipohon mahu dilulus di Parlimen sekarang ini ?

Kami mempersoalkan kenapa dari awal menyiapkan keperluan bajet semua agensi yang dihantar kepada perbendaharan setiap tahun , tidak melalui penelitian yang rapi bermula dari peringkat ia sedang dirangkakan lagi?

Bukankah sepatutnya pihak perbendaharaan memeriksa setiap bajet yang diutarakan hendaklah diperinci dan diteliti secara halusi , melihat satu butir ke satu butir , bertanya rasional dan alasan kenapa bajet itu dipohon hatta ke perkara yang paling kecil sekalipun ?.

Ini bukan kali pertama Laporan Audit Negara  mendedahkan kepincangan dan salah berbelanja  aset kerajaan yang dibeli dan diurus oleh setiap agensi.

Soalnya kenapa pembaziran dan kecuaian yang melibatkan berbilion ringgit wang awam yang dibelanja oleh pelbagai agensi itu maseh menunjukkan kepincangan yang berulang.

Kami kesal kenapa pihak kerajaan tidak mengambil langkah bersungguh untuk menutup segala lompang dalam pengurusan yang telah berkali-kali dikenalpasti oleh Audit Negara.

Dengan yang demikian kami mengesa supaya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ditangguh kelulusannya , sehingga kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk memperbaikki segala kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan , semada negeri mahupun pusat.

Kami mengusulkan supaya prosidur penyiapan bajet bagi setiap agensi hendaklah disemaksemula supaya suatu penelitian awal untuk menjustifikasi kelulusan setiap butir perbelanjaan yang dipohon itu hendaklah menjalani hujah dan rasional dengan kukuh , sebelum dilulus untuk di

Kami berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2012 Itu jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

Kami juga berpendirian Menteri kepada  kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut berbertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: