Perutusan Eidul Adha 1434 PRESIDEN MAPIM/TERAS

Cikgu Azmi Abdul Hamid

Allahu Akbar , Allahu Akbar ,Allahu Akbar Walilahil hamd

Kita hadhir sekali lagi bersama Eidul Adha Mubarak . Beriringan dengan itu umat beribadah qurban dan menghadhirkan diri di tanah suci Mekah al Mukarramah .

Sesungguhnya merayakan Eidul Adha tentunya membawa ni’matnya tersendiri sebagai hari agung yang sarat dengan nuansa kepedulian dan ketaqwaan kepada Allah.

Memang  hari raya qurban merupakan hari raya besar umat islam yang menyiratkan mesej besar juga yang penuh erti. Tersirat didalamnya  makna kepedulian, persatuan dan cinta kasih umat islam.

Ditambah lagi ia begitu sarat dengan nilai nilai sosial dan kedamaian. Menjiwai makna ketaqwaan sejati yang diterjemahkan dengan mengeluarkan sebahgian milik peribadi untuk diinfaqkan buat mereka yang fakir dan miskin.

Demikian , menghayati makna qurban harus menampilkan makna memelihara kesucian agama dengan kesanggupan berkorban . Perlu dihayati bahawa hakikat qurban itu adalah usha insan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta .

Sebab itu diawal lagi  ditegaskan bahawa qurban bukan persoalan daging ternakan yang diedar setelah disembelih. Bukan soal darah yang mengalir dari haiwan yang menjadi qurban. Akan tetapi soal kesadaran KeTuhanan , rasa perhampiran diri dengan Khaliq dan rasa berterusan berada dibawah pengawasaan Tuhan ke atas diri yang hanya seorang hamba.

Dengan itu , qurban itu mengandung makna tersirat yang maha suci. Kerana makna qurban yang hakiki adalah bagaimana mengqurbankan rasa pemilikkan yang mengikat diri kepada dunia , rasa rakus dan sangat cinta kepada hasil usaha sendiri.

Ia membawa makna mengikis rasa haloba yang tidak terbatas sehingga hilang rasa kemanusiaan , mengurangnya  rasa ihsan dan potensi diri sebagai insan bermasyarakat dan berummah . Pokoknya hilang rasa hadhir diri sebagai Muslim.

Sering hari raya qurban lupa dikaitkan dengan proses membina syaksiyyah . Syaksiyyah kemuncak adalah personaliti keTaqwaan kepada Allah Azza Wajalla . Sehingga dengan demikian yang tampil di dalam setiap raut wajah dan perilaku setiap Muslim itu sifat pengabdiaan , sangat mendalam kesadaran Rubbiyyah dan Illahiyyah yang dilafazkan dalam syahadahnya.

Berkurban sepatutnya mengukuhkan proses membangun syaksiyyah meletakkan kepentingan perintah Allah lebih dari yang lain .

Demikian tingginya sensitiviti seorang hamba kepada Allah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim yang hanya menerima isyarat perintah mengurbankan anak kesayangannya Nabi Ismail ,  hanya melalui mimpi .

Dan ketika Ismail bertukar menjadi kibas  , maka qurban diserlahkan bukan kerana menyembelih ternakan , akan tetapi nilai puncak yang lebih tinggi iaitu nilai taqwa. Sebab itu ditegaskan darah dan daging kurban itu sama sekali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan kamulah yang dapat menggapainya, (Qs. al-Hajj, 22: 37).

Jelas sudah ayat ini menampilkan nilai sebenar kurban haiwan ketika Eidul Adha disambut.  Berqurban merupakan usaha menggugurkan ego, keangkuhan diri, menghakiskan nafsu lawwamah dan nafsu amarah dalam diri sehingga terbitlah dan terpancarlah sinar keimanan yang tinggi dalam diri.

Hari raya qurban menjadi simbol agung kebesaran islam sebagai agama yang menyebarkan  rahmatan lil alamin di atas bumi, suatu sifat khusus yang tergambar kepada Islam yang unik membawa mesej kedamaian yang nyata dan jelas.

Qurban sesungguhnya bermatlamat bukan sahaja membersihkan harta juga suatu proses tazkiah jiwa dari sifat-sifat buruk dan tercela. Dalam hal ini ia adalah ibadat yang mempunyai dua dimensi nilai iaitu nilai zohir ( berkurban harta) dan nilai batin ( mengikis karakter insan yang mirip penting diri )

Pemerataan kebahagian dan mengukuhkan rasa senasib seberuntungan sangat dahsyat ketika berqurban merupakan suatu penafian diri untuk selesa dan senang sendiri.

Dalam ertikata lain qurban menanam sifat kemanusiaan yang mendalam , bukan sahaja kepada manusia lain akan tetapi juga terhadap diri sendiri.

Qurban pertama yang diisyaratkan oleh peristiwa Ibrahim dan anak kesayangannya Ismail memberi mesej yang sangat mendalam. Iaitu yang hendak dididik agar yang di’ bunuh’  bukan haiwan kerana ia hanya sebuah simbol. Akan tetapi yang mahu di ‘bunuh’ adalah sifat kegelojohan manusia yang tidak mahu merenggangkan diri kepada  kecintaan terhadap dunia . Ia juga menafi rasa berat dan keras hati untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.

Allah mahu yang disuburkan ialah kemanusiaan bukan kegelojohan menambat diri kepada dunia yang fana .

Menyelami makna qurban semestinya  harus dihayati sepanjang hayat dan bukan hanya pada hanya  setiap kali hadirnya Eidul Adha semata-mata.

Kerana esensinya ialah qurban adalah upaya mendekatkan diri dengan Rabbul Jalil , Empunya segalanya.  Dengan menyerahkan sebahagian dari apa yang dimilik betapa disayangi sekalipun ,  namun atas keutamaan membela perintah Allah , insan Muslim siap melaksanakan pengorbanan yang tertinggi.

Momentum yang dibina melalui qurban akan segera diikuti dengan sambutan Hijrah nantinya . Bermakna qurban juga adalah integral dengan Hijrah. Ia menanam dan melatih untuk peduli dengan sesama, lebih mencintai kedamaian dan kasih sayang, mencintai persatuan , mengikat kedewasaan dalam berfikir dan beramal, sehingga umat islam tidak lagi dipandang kerdil dan lemah, walaupun secara kuantiti keberadaan umat sangat besar.

Hijrah yang diperlukan ialah dari rasa penting diri kepada kepedulian sesama umat dan sesama insan seluruhnya. Agar ramainya umat tidak lgi  memutih seperti buih di lautan.

Sedemikian besarnya tanggungjawab umat sehingga  ditegaskan Allah supaya bersedia mengenepikan kecintaan kepada harta , diri , anak , perniagaan dan mengutamakan jihad fisabillah.

“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”[al-Taubah:24]

Inilah hakikat tuntutan pengorbanan yang ditegaskan dalam Islam untuk dilaksana oleh umat tanpa kecuali.

Qurban bukan suatu ritual , bukan suatu formaliti tetapi suatu akhlaq yang sangat tinggi. Ia adalah karakter umat yang tidak terpisah . Lantaran itu qurban menjadi sebahagian dari kehidupan intergral dalam tubuh umat.

Mari kita serlah qurban dalam erti kata sebenarnya untuk diri , untuk keluarga , untuk umat demi menegakkan Islam sebagai hukum dan juga sebagai sistem.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: