BAJET 2014 PERLU NAIKKAN CUKAI AKSAIS ROKOK DAN ARAK – KAEDAH ISLAM SEPATUTNYA DIGUNA ATASI GEJALA INI

Kenyataan Media TERAS
21 hb Oktober 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) bertegas supaya belanjawan 2014 kali ini tidak mengecualikan cukai eksais arak dan rokok untuk dinaikkan pada tahap yang benar-benar boleh mengekang tabiat menagih arak dan rokok yang semakin tinggi di negara ini.

Dalam pembentangan belanjawan sejak 2010  kerajaan tidak mengenakan kenaikkan cukai eksais yang sepatutnya kepada rokok ( sejak 2010 ) dan arak ( sejak 2005 ) sehingga usaha mencegah tabiat negatif berkait kedua-dua komiditi ini tidak berkesan.

Demikian juga cukai eksais arak hanya dinaikkan pada 2005 yang telah menaikkan harga arak sebanyak  23.3 %  kepada Rm 7.40 seliter.

Harus diingat bahawa rakyat Malaysia berbelanja USD 500 juta setahun untuk arak iaitu termasuk 10 negara tertinggi didunia yang minum arak dengan kadar 7 liter per kapita. Kini sepertiga mereka yang minum arak di Malaysia adalah mereka yang ketagih arak.

Sangat jelas ketika cukai eksais rokok dinaikkan pada 2010 dan harga rokok naik antara 7.5% hingga 9% setiap kotak 20 batang , penjualan rokok telah mengincup hampir 3.5 % .

Semua kajian diperingkat antarabangsa mengakui bahawa instrumen cukai sangat berkesan untuk mencegah tabiat merokok dan minum arak setidak-tidaknya dikalangan golongan remaja dan kelompok berpendapat rendah.

Kami berpendapat kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengguna pendekatan menaikkan harga sebagai salah satu strategi untuk mengatasi tabiat yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi rumahtangga malah menimbulkan jenayah sosial yang parah.

Umum mengetahui bahawa walaupun bagi golongan perokok dan peminum arak tegar sukar untuk menghentikan tabiat buruk tersebut , namun paling tidak dengan mengenakan cukai yang tinggi ia boleh berperanan mengurangkan kemampuan untuk mereka membeli terutama dikalangan golongan muda.

Bagi umat Islam seharusnya isu ini tidak timbul kerana jika orang Islam mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi ia sepatutnya boleh mensifarkan tabiat ini dikalangan mereka. Islam dari awal meletakkan kaedah antara manfaat dan kemudharatan yang menjadikan sesuatu hukum itu haram atau disebaliknya.

Akan tetapi oleh kerana masyarakat Islam juga terdedah kepada pengaruh iklan dan kejahilan kepada hukum agama , selain mempunyai keimanan yang lemah ,  maka gejala ini kini berleluasa dikalangan umat Islam.

Kami berpendapat jika pendekatan Islam digunapakai , isu rokok dan arak ini sudah lama dapat diatasi. Akan tetapi oleh kerana maseh ujud penolakkan syariat Islam sebagai cara menyelesaikan masalah , maka kini kaedah seperti meningkatkan cukai esksais kepada kedua-dua komoditi perlu diguna.

Kami berpendapat kerajaan perlu melihat kaedah Islam dijadi asas untuk mengatasi isu seperti rokok dan arak. Kaedah selain Islam hanya boleh menyelesaikan isu arak dan rokok dalam jangka masa pendek sahaja. Penyelesain yang jauh lebih berkesan dan mutlaq ialah melalui syariat Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: