MAPIM GESA MALAYSIA CONTOHI BRUNEI

Kenyataan Media MAPIM
23 hb Oktober 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan Malaysia meneladani Brunei dalam melaksanakan syariat Islam seperti yang diistiharkan oleh Sultan Hassanul  Bolkiah baru-baru ini.

Ini adalah sejarah yang sangat penting dalam rantau ini seperti yang dihasratkan oleh umat Islam selama ini.

Pernyataan Sultan Brunei itu amat ditunggu-tunggu kerana dikala banyak pihak yang berkuasa di negara-negara umat islam di dunia enggan melaksanakan hukum syariat Allah , Brunei telah mengambil langkah yang bijak atas rasa pertanggungjawapan yang mendalam terhadap perintah Allah.

Jelas inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan martabat undang-undang syariat Islam diangkat kepada kedudukan yang sepatutnya.

Kami berpendapat Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang digazetkan di Brunei itu setidak-tidaknya adalah permulaaan kepada perlaksanaan Islam yang lebih menyeluruh dalam soal hukum jenayah .

Sebarang kekurangan dalam penguatkuasaan akan memberi peluang kepada Brunei memperbaikkinya sebagai suatu pengelaman yang penting dalam usahanya meletakkan undang-undang Islam pada kedudukannya yang wajar

Kami kagum dan terharu dengan sikap yang diistiharkan Sultan Brunei itu yang menyatakan dengan penuh rendah diri bahawa  pada peringkat ini tanggungjawab baginda di hadapan Allah telah pun tertunai.

Melaksanakan syariat Islam itu sendiri adalah atas keinsafan Baginda bahawa semua rakyat wajib meyakini  bahawa undang-undang Islam sebagai undang-undang yang mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

Sesungguhnya dengan melengahkan dan menghalang perlaksanaan hukum Islam adalah suatu penafian hak umat Islam untuk menikmati keadilan dan kesejahteraan . Dengan itu Baginda telah bertitah supaya kelahiran Akta tersebut didukung oleh seluruh rakyat Brunei.

Lain pula pengelaman di Malaysia . Kerajaan pusat telah menunjukkan sikap yang angkuh bila undang syariat diperingkat negeri Kelantan digazetkan. Ia telah mengguna kuasanya  menghalang perlaksanaannya seperti yang pernah dinyatakan oleh Tun Mahathir ketika beliau berkuasa.

Bukan itu sahaja , malah beliau mempersoalkan hukum hudud sendiri sebagai hukum yang tidak menjamin keadilan alias zalim. Padahal  Hukum Jenayah Syar’iah yang diperkenalkan hanya tertakluk kepada rakyat beragama Islam dan hukuman untuk rakyat beragama lain berjalan mengikut  Hukuman jenayah sivil .

Kami berpendapat dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia , sepatutnya kerajaan pusat tidak menghalang  Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang telahpun digazetkan.

Ternyata pihak kerajaan pusat sendiri menjadi penghalang kepada perlaksanaan undang-undang Islam yang diusahakan oleh kerajaan negeri.

Mapim mengesa agar usha mengarusperdanakan undang-undang Islam di negara ini dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera.

Kami menegaskan bahawa menegakkan syariat Allah adalah tanggungjawab penuh sebuah kerajaan . Kecuaian dan bersikap tidak jujur dalam menempatkan undang-undang Islam pada kedudukannya yang kukuh menyebabkan hukum Allah sering  dicabar di mahkamh sivil.

Sudah sampai masanya , ketika kemerdekaan negara mencecah umur 56 tahun , undang-undang Common Law  yang berasal usul dari penjajah itu diganti dengan undang-undang syariat yang lebih sesuai dengan sejarah dan budaya masyarakat Islam di negara ini.

Undang-undang Islam tidak boleh berterusan menjadi undang-undang kelas kedua dalam perundangan Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAPIM GESA MALAYSIA CONTOHI BRUNEI
  1. hj yamin berkata:

    Assalam saya sokong penuh kenyataan Cikgu Azmi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: