KEDUTAAN AMERIKA PERLU DIPANGGIL JELASKAN AKTIVITI PERISIKAN

Kenyataan Media MAPIM
7 hb Novermber 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius pendedahan Edward Snowden mengenai perisikan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat yang memasukkan Malaysia dalam senarai operasi perisikannya .

Kami melihat ini adalah suatu pencabulan AS terhadap kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi.

Kami sudah mengingatkan berkali-kali betapa perhubungan dengan AS membawa risiko yang besar kerana pencerobohan AS dalam pelbagai cara telah lama dilakukan ke atas banyak negara . AS menggunakan pelbagai medan atas nama perdagangan , kerjasama budaya dan pendidikan serta latihan ketenteraan untuk mendapatkan maklumat dalam sesebuah negara.

Kini AS menggunakan alasan utnuk memerangi teroris untuk menjalankan operasi periskan tanpa mendapat keizinan dari negara dimana ia mempunyai hubungan diplomatik.

Mapim tidak boleh menerima sebarang alasan untuk mengizinkan pencerobohan ke atas Malaysia dilakukan atas nama membenteras pengganas.

Kami mengambil perhatian terhadap kemarahan banyak kerajaan negara yang disenarai sebagai lokasi perisikan Amerika .

Kemarahan negara-negara itu berasas kerana AS tidak berhak memintas dan membuat operasi perisikan elektronik  terhadap percakapan  telefon mana-mana pihak dalam negara berkenaan terutama dikalangan pemimpin negara.

Pihak kerajaan Malaysia tidak boleh memandang rengan pendedahan ini , kerana ia membawa implikasi besar kepada pertahanan dan kedaulatan negara.

Mapim menuntut kerajaan Malaysia segera memanggil pihak kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk memberi penjelasan dan menyatakan sikap tegas jika mereka menyalahguna premis kedutaannya di Kuala Lumpur untuk menjalankan operasi perisikan.

Kami mengambil perhatian bahawa operasi perisikan AS diseluruh dunia menunjukkan kuasa imperialis itu akan melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan kedaulatan sesuatu negara.

Kerajaan Malaysia ada hak untuk menyuarakan pendiriannya untuk memprotes jika benar aktiviti perisikan ini dijalankan di keduataan AS.

Kami berpendirian operasi itu mesti dihentikan dan Malaysia perlu memberi amaran kepada AS bahawa kegiatan itu bererti mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Kami mempersoalkan adakah AS boleh berkompromi jika ada negara luar melaksanaan operasi perisikan dibumi AS oleh kedutaan negara lain.

Hipokrasi AS dalam dasar luarnya terhadap negara lain sangat jelas kerana ia sentiasa bersikap double standard dalam semua dasar luar negaranya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “KEDUTAAN AMERIKA PERLU DIPANGGIL JELASKAN AKTIVITI PERISIKAN
  1. hj yamin berkata:

    Assalam bercadang bagi mengujudkan satu unit Teras Keupayaan Melayu di Pulau Pinang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: