” MEMPERKASA KEBANGKITAN UMMAH , MEWARISI PERJUANGAN NUBUWWAH “

AL BAYAN HIJRAH 1435

 MAPIM – TERAS – SHURA – SALIMAH

 

۞ وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا                     

(An Nisa : 100)

 

Kami , warga negara dan umat Islam  , telah berhimpun dalam sambutan 1 hb Muharam 1435 bersamaan 5 hb November 2013 , hari Selasa, terdiri dikalangan pemimpin dan aktivis NGO Islam , cendikiawan , ulama , ahli professional , pendidik , mahasiswa , aktivis politik , ushawan , pengamal media , pesara dan budayawan.

 

merakamkan pernyataan kami seperti berikut :

 

Menghayati bahawa Hijratur Rasul dengan segala makna zohiri dan maknawinya adalah sebahgian dari Marhalah Nubuwah yang telah ditentukan Illahy dan umat Islam  perlu menerimanya sebagai manhaj rabbani dalam perjuangan mengangkat maruah ummah dan mempertahankan izzah Risalah ,

 

Memahami bahawa Hijrah perlu diperluaskan jangkauan mesejnya kepada seluruh warga negara , merentas kaum , keturunan dan bahasa.

 

Menginsafi bahawa perpecahan ummah adalah cabaran paling serius yang sedang dihadapi oleh umat Islam diseluruh dunia apabila permusuhan dan gejala saling memperlaga , menuding dan mefitnah  antara satu kelompok dengan yang lain telah menyubur firqah yang mendalam bukan sahaja antara kaum Muslimin awam malah juga antara ulama , cendikiawan dan para aktivis dan penda’wah Islam.

 

Mengambil perhatian bahawa Hijratur Rasul  membawa risalah perjuangan serta mesej perubahan yang menyeluruh dan perlu menjadi pendorong transformasi total kepada umat Islam disemua peringkat dan semua golongan ,

Menginsafi bahawa tanggungjawab menegakkan Islam dalam kehidupan berbangsa dan bernegara adalah terbeban ke atas ulama , umara , petugas awam ( muwazhofi al hukuumah ) dan  setiap warga Muslimin ,

Menyedari umat Islam kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran fitnah akhir zaman iaitu  ” Attahadiyat  al dakhaliyyah ” ( cabaran dalaman )  dan ” Attahadiyyat Al Kharajiyyah ” ( cabaran  luaran )  yang semakin berat , semada diperingkat nasional , serantau mahupun antarabangsa ,

Mengingatkan , bahawa cabaran “Ghazwatul Fikri” yaitu penjajahan fikiran adalah cabaran yang paling serius yang sedang dihadapi oleh umat , yang telah mengakibatkan berlakunya ” ifsaadul akhlaq ” ( kerosakan akhlaq ) , ” tahzimul fikrah” ( kekeliruan dan kekacauan pemikiran ) serta ” izabatus syakhsiyyah ” ( kecairan keperibadian dan identiti Muslim ).

Mengetahui bahawa kuasa imperialis kuffar sentiasa bermakar untuk memporak-perandakan ummah dengan memperalatkan pemegang kuasa dikalangan negara umat Islam sehingga berjaya memecah-belah mereka dengan menanam sentimen kefanatikan kepada faham nasionalisme assobiyyah.

Memahami bahawa mengeluarkan umat dari pelbagai kemelut sosio-ekonomi dan politik semasa memerlukan pengemblengan dari semua aktivis penggerak perubahan serta pencinta agama Illahi dan ia perlu diperjuangkan dengan penuh keiltizaman dan keikhlasan ,

Menginsafi bahawa ” Hijratul ummah ” yang membawa maksud menggerakkan perubahan yang menyeluruh dalam kehidupan ummah ,  hendaklah direalisasikan melalui gerakan da’wah dan tarbiyyah yang tersusun , berstrategi dan  berterusan  serta pengemblengan semua kelompok secara bertanzim dan beriltizam ,

MAKA , kami menegaskan dan mengistihar komitmen kami , berdasarkan semangat dan dorongan  Hijratur Rasul 1435 Hijriah, untuk ,

Memperkukuh gerakerja da’wah dan tarbiyyah yang ” tahwiliyyah ( transformatif ), dinamik , berkesan , meluas dan menjangkau keseluruh peringkat masyarakat dikalangan warga Muslim dan ghairul Muslim , dengan meningkatkan keberkesanan penda’wah dari pelbagai profession : ahli agama , ilmuan , pemuda , kaum Muslimat , golongan professional , ahli media dan budayawan , pelajar dan mahasiswa ,

Meningkatkan usaha menyatukan ummah diperingkat nasional dan antarabangsa berdasarkan pegangan ke atas AlQuran dan AsSunnah , dan menolak penyatuan ummah berasaskan sentimen assobiyyah qaumiyyah.

Mengusahakan “ wehdatul ummah ” ( kesatuan ummah ) dengan panduan dan prinsip kebenaran yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T berdasarkan ayat 103 Surah Ali Imran     …وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ( dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah ) . Usha ini sangat utama , mengambilkira bahawa musuh Islam telah berjaya mengalihkan  umat dari bersatu atas nama Islam kepada berpecah atas nama mazhab dan

Mewaspadai bahawa umat Islam tidak boleh dibiarkan terperangkap dalam makar ( rencana ) musuh melalui  propaganda dan strategi ” firaq tasidu ” ( pecah dan perintah ) , bahawa musuh yang lebih nyata dan lebih besar iaitu zionis yahudi dan gerakkan missionari nasara yang memperalatkan kuasa Barat , perlu diberi tumpuan dan didepani dengan memperkukuh benteng kesatuan ummah .

Bertekad menyokong dan mendukung perlaksanaan syariat dalam seluruh kehidupan umat berbangsa dan  bernegara disemua bidang dan kelompok untuk mengujudkan ” hukuma Al Islami ” ( urustadbir Islami ) yang praktikal dan berkesan,

Bertegas untuk membenteras semua bentuk kemungkaran dan kebatilan dalam jentera pemerintah yang melibatkan kewangan dan khazanah negara , seperti gejala rasuah , kronisme , nepotisme , pembaziran , ketirisan , salahguna perbelanjaan negara dan salah tadbir atas nama pembangunan dan rakyat,

Beriltizam bahawa tanggungjawab iqamatuddin ( menegakkan addinul Islam ) adalah beban amanah yang kami pikul untuk merealisasikan ketinggian dan kemuliaan Islam sebagaimana yang diungkapkan didalam AlQuran  ” liyuz hirahu aladdini kullih ” yaitu mengangkat Addinul Islam ke darjat lebih tinggi dari agama yang lain ,

Merumuskan bahawa perjuangan bangsa yang tidak berteraskan Islam adalah batil , namun mengembalikan bangsa kepada Islam adalah suatu perjuangan yang wajib untuk menghapuskan prejudis masyarakat terhadap keindahan Islam.

Mengembleng tenaga untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T menganjur al ma’ruf dengan  segala bentuk dan prinsipnya  serta mencegah kemungkaran dengan segala skop dan dimensinya , semada dikalangan masyarakat dan rakyat jelata mahupun dalam pemerintah dengan segala dasar ,  struktur , kepimpinan dan bidangkuasa agensi-agensinya ,

Memberi perhatian serius kepada usaha menyemarakkan gerakan masyarakat madani Islam yang mempunyai ciri-ciri matlamat ” khaira ummah ” yang tepat meliputi soal keilmuan yang benar , aqidah yang sohih , ibadah yang benar , akhlaqul kariimah , qiyadah hanifan , adil , sejahtera dan aman damai .

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: