LANGKAWI TIDAK PERLU JADI SEPERTI BALI ATAU MONACO

Kenyataan Media MAPIM
11 hb November 2013

Keghairahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi sangat mengkhuatirkan.

Kami berpendirian Langkawi tidak perlu sehingga mencapai tahap Bali dan Monaco iaitu pusat pelancongan mewah. Malah kami membantah jika pelancongan di negara ini mahu menurut rentak dan model negara lain.

Beliau nampak teruja benar menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi namun tidak mengambilkira kesan sosio-budaya dan ekonomi tempatan sepertimana berlaku dikebanyakan destinasi pelancongan di dunia ketiga iaitu kerosakkan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam pusat pelancongan.

PM mengatakan Langkawi mahu mencapai destinasi percutian nautika iaitu pelancongan mewah. Akan tetapi soalnya kemewahan itu untuk siapa dan apakah natijah yang akan berlaku kepada penduduk tempatan akibat kebanjiran pelancongan luar yang tidak menghormati sosio-budaya tempatan, sementara pelabur pelancongan mewah akan menelan usahawan tempatan.

Keadaan pelancongan sekarang pun sudah nampak kesan sosio-budaya yang negatif apabila anak muda semada yang berasal dari Langkawi mahupun yang datang dari luar mulai terlibat dengan gejala rosak akhlak.

Maksud pelancongan kelas dunia membawa implikasi bahawa standard kemudahan kelas dunia termasuk pelbagai acara hiburan dan kebebasan sosial oleh pelancong luar akan menjadi ciri yang dibawa masuk ke Langkawi.

Dengan mengatakan Langkawi mahu dijadikan setaraf Bali dan Monaco, maka ciri-ciri budaya pelancongan didestinasi tersebut akan dibawa ke Langkawi.

Padahal PM tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang di Bali. Akibat “mass tourism”, Bali kini sudah bertukar menjadi pulau yang hilang warisan alamnya. Dengan kebanjiran pembinaan hotel mewah dan residen yang mengambil tanah kawasan tadahan air yang semakin luas, Bali kini hilang keasliannya.

Penggunaan sumber alam seperti air oleh pelancongan kini menyebabkan Bali akan berhadapan dengan krisis air minum dan krisis alam sekitar yang amat serius. Setiap bilik dalam hotel 4 bintang mengguna 300 liter sehari.

Setiap tahun 700 hektar tanah ditukar kepada hotel dan residen mewah untuk warga luar yang kaya. Sekarang setiap hari 13,000 cubic meter sampah dibuang di kawasan publik. Kepadatan trafik semakin serius bila setiap tahun bilangan kenderaan bertambah pada kadar 13% setahun.

Apabila PM mengaitkan pelancongan ke tahap lebih tinggi dengan keperluan menarik jenama kelas tinggi bermakna yang akan didatangkan dan dipromosi adalah produk luar dan bukan mempromosi jenama negara.

Inilah yang menyebabkan model pelancongan yang diidamkan oleh PM menjadi sebagai model yang membunuh produk tempatan dan sosio-budaya tempatan.

PM nampaknya jahil mengenai konsep “carrying capacity” (keupayaan menampung) sesebuah pulau bila beliau mengumumkan mahu mensasarkan Langkawi menarik 3 juta pelancong setahun. Dalam kajian impak alam sekitar sesebuah pulau punyai daya menampung pelawat yang terhad untuk mengelak kerosakkan kepada alam sekitar. Langkawi punya daya tampung yang terbatas. Jika berlebihan, kesan kepada sumber alamnya akan musnah.

Pelancongan Nautika Langkawi yang diumumkan oleh PM juga memerlukan pertimbangan yang teliti kerana sebarang aktiviti pelancongan yang berkait dengan laut harus mengambilkira soal kawasan ekologi laut yang sensitif. Banyak kajian yang dihasilkan diperingkat antarabangsa mengenai Pelancongan Nautika sudah menunjukkan kesan kepada alam sekitar perlautan yang merosakkan jika pelancongan jenis ini tidak dikawal.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: