PEMBUNUHAN PEGAWAI AGAMA DIKUTUK – MAPIM DESAK TINDAKAN DRASTIK DIAMBIL

Kenyataan Media MAPIM
10 hb November 2013

Pembunuhan nekad seorang Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang hari ini di rumahnya menunjukkan jenayah nekad semakin menjadi fenomena di negara ini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM ) terkejut dengan perbuatan terkutuk ini dan mengecam sekeras-kerasnya  pembunuhan sedemikian rupa  yang membuktikan keselamatan awam sudah tidak terjamin lagi .

Pembunuhan yang sangat memeranjatkan seluruh rakyat di negara ini membuat semua bertanya bagaimana sekali lagi senjata api begitu mudah diperolehi di negara ini.

Untuk melakukan jenayah sekejam ini di siang hari ketika mangsa berada bersama dengan ahli keluarga dirumah sendiri adalah suatu yang sangat mengejutkan. Ia tidak mungkin dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa penjenayah di negara ini semakin berani dan tidak takut dengan undang-undang.

Persoalannya jika penjanayah sedemikian berani , apakah ini menandakan pihak keselamatan tidak lagi digeruni untuk berupaya menyekat jenayah awam.

Setiapkali pembunuhan nekad berlaku dinegara ini , masyarakat awam tidak lagi mempercayai pihak keselamatan boleh menjaga keselamatan awam.

Kami memperakui bahawa pembunuhan seperti ini sudah tentu diluar kemampuan pihak polis untuk membendungnya. Tiada siapapun dapat menduga bagaimana penjenayah beroperasi secara mengejut . Akan tetapi insiden jenayah bunuh yang semakin kerap menunjukkan bahawa gejala jenayah semakin berleluasa.

Insiden bunuh nekad disiang hari  seorang pegawai tinggi di Putrajaya sebelum ini juga cukup membuktikan sememangnya keberanian penjenayah di negara ini sangat nyata.

Sementara kami menyampaikan ta’ziah kepada semua anggota keluarga mangsa , kami mengharapkan penjenayah tersebut segera diburu dan dihukum dengan hukum semaksimanya .

Kami berpendirian suatu tindakan drastik perlu segera dilakukan oleh pihak keselamatan awam bagi membenteras jenayah di negara ini.

Punca jenayah perlu dikaji dengan terperinci termasuk menilai bagaimana senjata api mudah diperolehi oleh penjenayah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: