JANGAN PERJUDI SEKURITI MAKANAN UTAMA NEGARA

Kenyataan Media TERAS
13 hb November 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) mengingatkan kerajaan agar jangan benarkan pihak berkepentingan keuntungan semata-mata  untuk memperjudikan sekuriti makanan utama negara.

Pengswastaan LPN kepada BERNAS sejak 1994 telah meletakkan bekalan , import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham.

Kini BERNAS dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan  sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi  negara iaitu petani , pengilang dan pengedar bumiputera  , malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan ditangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan.

BERNAS sebagai sebuah syarikat tidak harus dibiarkan bertindak diluar kawalan kerajaan untuk memastikan sektor bekalan makanan utama sentiasa memenuhi keperluan negara dan bukan menjadi industri yang ditentukan oleh kehendak syarikat semata-mata.

Dengan menyahsenaraikan BERNAS , ekuiti syarikat tersebut hanya berada dalam milik syarikat secara mutlak dan menyisihkan golongan terpenting dalam sektor tersebut iaitu petani.

Membiarkan makananan utama negara ditangan syarikat yang memonopoli semua rantai pengeluaran dan pembekalan beras bakal mendedahkan sektor tersebut kepada manipulasi pasaran yang merbahaya kepada sekuriti makanan negara.

Pada tahun 2009 , rakyat pernah dikejutkan apabila saham BERNAS dibeli oleh syarikat asing berpusat di Hong Kong bila ia menguasai 31% dari saham syarikat tersebut.

TERAS kesal sejak pengswastaan sektor padi , isu petani yang berkaitan sektor ini , banyak yang tidak terbela termasuk soal penentuan harga , pemotongan padi basah , nasib pengilang padi bumiputera , isu kos input pertanian yang semakin meningkat dan kekurangan infrastruktur kawasan pengairan yang banyak tidak dikelola dengan baik.

Kini sektor pengeluaran dan bekalan beras  dibenarkan dimonopoli oleh  seorang individu yang boleh menentukan harga berdasarkan pertimbangan keuntungan yang hendak diraih.

Jika ekuiti BERNAS dibenarkan dibolot semuanya oleh syarikat berkepentingan dari seorang individu melalui proksi pelbagai syarikat , sekuriti makanan negara akan terdedah kepada perhitungan dan manipulasi ditangan  hanya seorang individu.

TERAS membantah sebarang tindakan untuk membenarkan BERNAS diserah sepenuhnya kepada monopoli seorang atau syarikat .

Kami berpandangan BERNAS perlu kembali diletakkan kepada tujuan asal ia diujudkan dan pihak kerajaan tidak boleh berlepas tangan untuk membenarkan sektor pembekalan beras dimonopoli berdasarkan pasaran semata-mata.

Kami juga menuntut supaya sektor ini tidak boleh diperjudikan melalui kepentingan hubungan politik kerana bekalan makanan negara adalah soal keselamatan nasional bukan hanya soal industri perniagaan semata-mata.

Melepaskan urusan bekalan beras negara dan import beras kepada monopoli sebuah syarikat dengan melupuskan ekuiti awam adalah suatu tindakan memperjudikan sekuriti makanan kepada manipulasi syarikat untuk meraih keuntungan lumayan.

Kerajaan tidak boleh membiarkan mandat yang diberi kepada BERNAS untuk  menjaga kepentingan petani dan pengilang bumiputera diperjudikan.

Perhitungan untuk membolot keuntungan oleh satu syarikat sahaja sehingga 2021 adalah suatu pengkhianatan kepada mandat yang diberi oleh kerajaan dan pihak kerajaan akan turut bertanggungjawab jika sektor industri padi negara terlepas kepada kuasa asing.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: