HARAMKAN ACARA ULEK MAYANG DAN KUDA KEPANG YANG MENGAMALKAN UNSUR SYIRIK

Kenyataan Media MAPIM
13 hb November 2013
MAPIM merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian online bahawa ada persembahan Ulek Mayang di Trengganu yang berunsur mistik .
Kami mendesakkan pihak berkuasa agama supaya mengharamkan acara persembahan Ulek Mayang dan Kuda Kepang yang dilapor dilakukan dengan ujudnya unsur syirik memuja mahkluk halus.
tarian-kuda-kepang
Kami tidak melihat ini sebagai  kebudayaan yang perlu dipertahankan jika jelas ia tidak  dapat dikawal dari percanggahan dengan agama Islam terutama yang membawa pengamal dan penonton kepada syirik.
Pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak seharusnya membiarkan ini menjadi salahsatu dari produk pelancongan jika ia didapati bertentangan dengan hukum Islam.
Kami mengesa pihak Jabatan Agama Islam tidak membiarkan hal ini berterusan kerana ia boleh dianggap menjadi suatu amalan yang dibenarkan dikalangan orang Melayu Islam.
Unsur syirik dan tahyul yang merosakkan aqidah sangat bahaya dan tidak boleh dibiarkan atas nama persembahan kebudayaan.
Kami yakin pihak Majlis Fatwa sudahpun mengeluarkan fatwa mengenai pelbagai amalan semada atas nama seni atau perubatan yang mengandungi unsur syirik dan tahyul yang haram diamalkan oleh umat Islam.
Mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada  18 Februari 2009   telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.

Fatwa itu menyebut ;Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggahdengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

 

Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.’
Manakala mengikut Fatwa Kebangsaa Pada
 8 Apr, 1991 mengenai Pandangan Mengenai lagu Ulik Mayang , berikut adalah Fatwanya : 

Setelah diteliti terhadap seni kata lagu Ulik Mayang didapati ada mengandungi unsur-unsur pemujaan, maka dibandingkan perkara ini akan membawa kepada terpesongnya akidah Islamiah. Untuk memelihara kesuciannya maka perkara-perkara seperti ini hendaklah dielakkan dan ditinggalkan.

Kami mengesa pihak Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan semua negeri hendaklah mematuhi fatwa tersebut agar umat Islam tidak terjebak dengan perlanggaran agama sekaligus menjaga kesucian agama.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: