ANGGOTA NEGARA OIC PERLU PANGGIL DUTA MYANMAR

Kenyataan Media MAPIM dan SHURA
16 hb November 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia ( SHURA ) menyatakan kecaman dan kutukan yang sekeras-kerasnya terhadap penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan Menteri-menteri luar OIC baru-baru ini.

Dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.

 

DSC_6935
Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri.

Kami sangat  kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan .

Kami amat terkejut mendapat  maklumat bahawa pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC. Malah ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar.

Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .

Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha . Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman.

Kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini.

Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC ? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan  polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh  estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin.

Kami mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak  tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain.

Kami mengingatkan para sami esktrimis Buddha bahawa kaum Muslimin tidak akan mendiamkan diri serta tidak akan mengambil sikap tidak peduli terhadap kempen menghina Islam dimana-mana negara sekalipun tanpa memberi respon yang keras dan jelas.

Kami menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing.

Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
President MAPIM
Setiausaha Agong SHURA

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: