ISU BIAYA K-POP : KERAJAAN KHIANATI BUDAYA KEBANGSAAN – LEBIH UTAMA PULANGAN WANG DARIPADA MENJAGA NILAI DAN MORAL RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
23 hb November 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) amat kesal dengan sikap kerajaan melalui Menteri  Kementerian Belia dan Sukan  yang akhirnya mengaku memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012.

Lebih parah beliau menjustifikasikannya  dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.

K-Pop1

Menterinya yang menerajui KBS kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai  kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara  . 

Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang samasekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan  inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.

Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan  mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia.

Inikah darjat pemikiran seorang Menteri yang hendak menerajui pembentukan budaya generasi muda di negara ini.

Dengan berjaya menonjolkan budaya asing untuk menarik 2.4 juta pengunjung di Sambutan Hari Belia , ia bukan satu ukuran yang sepatutnya dibanggakan.

Menarik penaja untuk membiaya K-Pop yang jelas merupakan budaya asing yang bercanggah dengan nilai budaya negara , bagi kami adalah polisi yang sangat memalukan.

Kami tidak boleh menerima samasekali alasan beliau bahawa soal K pop hanya salah satu dari 500 acara sambutan dan ia tidak perlu diperbesarkan.

Menteri beralasan untuk Malaysia ada satu acara ikonik kerana membandingkan dengan  Brazil yang ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest , bermakna beliau mempunyai pemikiran yang suka plagiat budaya dan acara orang lain untuk dibawa ke Malaysia.

Bila beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar , ini bererti beliau tidak terfikir samasekali apa rasional untuk membawa penari bergaya tidak senonoh itu betapa popular sekalipun mereka itu.

Bagi kami ini bukan isu tiada salahlaku dalam cara perbelanjaan tetapi adalah soal apa justifikasi  beliau meluluskan membawa penari K Pop itu.

Ini juga bukan isu politik . Bagi kami ini adalah isu kerosakkan budaya dan percanggahan nilai dan moral rakyat dan negara yang dibawa sendiri oleh kerajaan dengan mengguna wang rakyat.

Kami kesal PAC begitu dangkal dalam menangani isu ini yang hanya dilihat dari segi prosidur bayaran .Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini.

Kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal kerosakan akhlaq generasi muda  dengan membawa artis luar negara yang tidak melihat kesan dan imej yang akan terbentuk kepada generasi muda.

Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih , bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit.

Kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan samasekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “ISU BIAYA K-POP : KERAJAAN KHIANATI BUDAYA KEBANGSAAN – LEBIH UTAMA PULANGAN WANG DARIPADA MENJAGA NILAI DAN MORAL RAKYAT
  1. ali jaafar berkata:

    Saya amat bersetuju segala komen dan bantahan dari MAPIM.
    Sebagai negara Islam, tambah lagi menteri bertanggungjawap pun beeagama Islam, sewajibnya perkara ini tidak berlaku.
    Dengan masalah sosial dikalangan remaja sedia ada, apakah menteri tidak nampak impak dari konserr itu terus kepada remaja? Apakah wawasan menteri berkenaan terhadap golongan remaja/belia negara untuk masa depan negara. “KALAU KITA INGIN MELIHAT BAGAIMANA MASA DEPAN NEGARA, LIHATLAH REMAJA MASA KINI”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: