MAPIM SOKONG USUL DALAM MUKTAMAR PAS UNTUK LAKSANA HUKUM SYARIAT

Kenyataan Media MAPIM
23 hb November 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyokong usul Pas yang dilulus dalam Muktamar agar hukum syariat dimasukkan sebagai undang-undang negara dalam menangani kes jenayah.

Kami merakamkan tahniah keatas perwakilan Pas yang berterus terang untuk mengesa supaya Pas memberi perhatian bersungguh  memastikan agenda perlaksanaan syariat diperjuangankan dengan konsisten.

698cc8e535659b2e34c051d7007b7aa7

Alasan bahawa jenayah tidak boleh dihapuskan berdasarkan undang-undang sivil yang sedia ada adalah asas yang kuat kenapa hukum syariat sangat perlu untuk diimplementasikan.

Kami tidak nampak kenapa usul ini tidak boleh diterima oleh pihak kerajaan kerana jelas undang-undang yang sedia ada dalam sistem undang-undang sivil berdasarkan Common Law tidak boleh mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa.

Undang-undang Common Law sudah ketinggalan zaman dan ia tidak boleh dipertahankan untuk mengatasi isu jenayah dalam masyarakat.

Pihak kerajaan perlu akur bahawa tren jenayah yang semakin bertambah dan semakin berat membuktikan bahawa undang-undang sivil yang sedia ada tidak berupaya membendung jenayah.

Usul yang disuarakan  oleh perwakilan dalam Muktamar Pas kelmarin adalah tuntutan yang sepatutnya diberi peluang untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Pusat dan diusahakan mekanisme yang terbaik bagi melaksanakannya.

Kerajaan harus akur bahawa dengan hukum syariat yang lebih berkesan dan lebih menyeluruh , jenayah dapat dibendung bukan sahaja berdasarkan hukuman yang diperuntukan malah ia mempunyai kekuatan aspek spiritual yang jauh lebih kukuh untuk menghalang jenayah.

Seluruh dunia kini terhalang untuk melihat kesempurnaan hukum syariat dalam mengujudkan keadaan masyarakat yang lebih aman disebabkan gambaran yang salah dan kempen Islamofobia yang sengaja ditonjolkan oleh golongan sekular Barat terhadap Islam.

Sayangnya pemimpin kerajaan pusat di Malaysia juga terpengaruh dengan kempen menakut-nakutkan golongan bukan Islam yang dituding terhadap hukum syariat. Kami sangat kesal ada bekas pemimpin negara yang pernah mempersoalkan keadilan yang dijamin dibawah hukum syariat dan mendakwa bahawa hukum syariat tidak adil kerana orang bukan Islam terlepas dari hukuman.

Ternyata pandangan seperti inilah yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat di negara ini dan sayangnya ia datang dari pemimpin orang Islam sendiri.

Kami mengesa pihak kerajaan pusat menerima baik hasrat Pas untuk merealisasikan perlaksanaan hukum syariat dan memberi sokongan yang sewajarnya agar semua agensi dibawah kuasa kerajaan pusat seperti penjara dan polis memberi kerjasama untuk menjayakan perlaksanaan syariat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: