KOALIASI MENENTANG EKSTRIMISME AGAMA DI MYANMAR

Kenyataan Media Bersama

25 hb November 2013

KEMPEN MENGHINA ISLAM DI MYANMAR AMAT TERKUTUK.

Kami dalam Koaliasai Menentang Ekstrimisme Agama di Myanmar ( Coaliation Against Extremism in Myanmar ) mengambil perhatian serius dan mengutuk sekerasnya  terhadap penghinaan  Islam yang dipamirkan oleh demonstrasi yang diadakan di beberapa bandar di Myanmar ketika lawatan delegasi OIC mengenai isu umat Islam Rohingya baru-baru ini yang menghadapi penindasan sejak 1942 sehingga sekarang.

Tunjuk perasaan yang membawa sepanduk yang menghina Islam dengan mengaitkan agama tersebut dengan haiwan adalah suatu penghinaan yang tidak boleh ditolak ansur samasekali.

318220_542615759104626_803319435_n

Jelas gerakan membenci Islam dan umat Islam berleluasa di Myanmar. Lebih dikesali lagi ialah pihak kerajaan Myanmar tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk menyekat tingkah laku penunjuk perasan yang tidak bertamadun itu.

Umat Islam seluruh dunia tidak akan mendiamkan diri kerana ia bukan sahaja satu penghinaan malah juga suatu serangan jelas ke atas Islam.

Tindakan yang tidak bertamadun ini tidak boleh dibiarkan dan kami menyatakan bantahan kami sekeras-kerasnya .

Kami menyelar sikap kerajaan Myanmar yang tidak menunjukkan ketegasan  untuk meredakan ketegangan antara agama malah kenyataan yang jelas  ialah pihak kerajaan Myanmar sendiri turut mengizinkan kempen membenci Islam disebarkan dikalangan rakyat penganut agama Buddha.

Kami mengumumkan bahawa Koaliasi Menentang Esktrimis Agama di Myanmar yang terdiri dari Ngo Islam di rantau ini akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 29 hb November

2013 ini jam 2.45 ptg

Perhimpunan aman akan diadakan serentak di sebelah Masjid Tabung Haji selaps solat Jumaat pada hari yang sama untuk memberi peluang kepada masyarakat awam supaya membantah penghinaan terhadap Islam yang dilakukan sampai sekarang di Myanmar.

Gabungan ini akan digerakkan diperingkat antarabangsa untuk mendesak kerajaan Myanmar bertindak menghentikan keganasan agama yang melampau .

Kami mengingatkan kerajaan Myanmar bahawa negara yang mengalakkan keganasan agama adalah bertentangan dengan Deklarasi Hak Manusia PBB dan dengan itu selayaknya menerima tindakan komuniti antarabangsa.

Kami akan mengerakkan kempen antarabangsa melibatkan seluruh umat Islam khususnya dan penganut agama yang lain amnya untuk mengambil tindakan terhadap Myanmar yang terus berdegil membiarkan penindasan dilakukan ke atas rakyat Muslim Rohingya dan menghina kesucian Islam.

Kami mendesak semua penganut agama di dunia yang cintakan kedamaian dan  menganjurkan perhubungan harmonis dan saling hormat antara agama supaya menyatakan sikap dan pendirian mengecam tindakan kelompok esktrimis Buddha di Myanmar .

Kami menuntut supaya Dalai Lama sebagai ketua kerohanian penganut Buddha seluruh dunia supaya bertindak mendesak kerajaan Myanmar dan penganut Buddha di Myanmar menghentikan kempen kebencian agama dan menindas penganut agama yang lain.

Kami mendesak supaya negara-negara Asean yang lain mengeluarkan kenyataan keras terhadap Myanmar . Kedudukan Myanmar yang bakal menjadi Pengerusi Asean 2014 hendaklah dipertimbang semula jika Myanmar terus membiarkan esktrimism agama berlanjutan yang menyebabkan masyarakat Islam terancam dan Islam dijadi sasaran.

Kami juga menuntut kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar bagi mengingatkan bahawa Malaysia yang mempunyai penduduk beragam agama dapat mengujudkan keamanan dan seharusnya diambil teladan oleh Myanmar.

Kami mengesa semua negara anggota OIC menyuarakan bantahan terhadap kebiadaban penunjuk perasaaan di Myanmar yang mensasarkan Islam sebagai musuh . Perhubungan diplomatik dengan Myanmar perlu dinilai semula jika kempen membenci Islam tidak dihentikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Koordinator CAREM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia

Persatuan Ulama Malaysia

Teras Pengupayaan Melayu

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia

IKRAM Malaysia

HALUAN Malaysia

Angkatan Belia Islam Malaysia

Persatuan Ulama Kedah

JAMA’IY Perak

Union of World Rohingya Organizations

Citizens International Malaysia

Regional Initiatives for Justice and Peace

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
November 2013
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: