BENCANA BANJIR : ANTARA UJIAN DAN KEROSAKKAN AKIBAT TANGAN MANUSIA

Artikel MAPIM
oleh
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
9hb Disember 2013

Kami berpandangan sudah sampai masanya kerajaan dan semua pihak dengan jujur meneliti musibah alam yang semakin besar dan semakin kerap di negara ini .

Kami berpendapat kebanyakkan bencana alam  berpunca dari kerosakkan yang dilakukan oleh manusia yang terdiri dari kerajaan , perancang , pelaksana , penguatkuasa , gaya hidup rakyat .

image

Sekadar menyenaraikan musibah yang sering dianggap bencana alam yang ditentukan Tuhan.  yang telah berlaku dan terus berulang seperti tanah runtuh , jerebu ,  banjir besar  , keruntuhan bangunan , kemarau melampau , ribut taufan , tsunami , gempa bumi , kerosakan tanaman , wabak penyakit .

Tidak sedikit harta bernilai jutaan ringgit dan nyawa yang hilang akibat bencana alam. Kos operasi menyelamat dan bantuan kecemasan serta perbelanjaan pasca bencana juga menelan ratusan juta ringgit lagi.

Namun semua ini , kami teliti , adalah berkait dengan kecuaian dan keangkuhan manusia melanggar peraturan alam yang dicipta Tuhan.

Kesemuanya punya sebab musabab. Sangat naif jika ada yang berhenti pada kalimah taqdir Yang Maha Berkuasa , padahal sejumlah ayat Illahy  menjelaskan bencana alam adalah akibat perbuatan tangan manusia yang bertindak diluar batasan.

Sesungguhnya semua pihak perlu akur betapa alam ini dengan sistem dan aturannya berfungsi dengan kesimbangan yang amat sensitif . Kesimbangan yang  takkan mampu difahami seluruhnya oleh akal manusia yang kerdil.

Setiap unsur alam ini dicipta Tuhan dengan tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Itupun takkan dapat dimengerti sepenuhnya semua nama-namanya , apatah lagi tujuan ia dicipta .

Semada ia berupa unsur alam maha besar dan gagah seperti gunung yang tersergam indah dan kukuh atau laut yang terbentang luas atau organisme yang sangat halus seskala mikro yang tidak dapat terlihat oleh pancaindera kasar .

Yang pasti semua yang dicipta oleh Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tahu , semada yang nampak secara zohir mahupun yang halus , punya sistemnya dan tujuannya yang  tersendiri dalam skima ciptaan yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segalanya.

Oleh yang demikian kita harus insaf bahawa sesungguhnya alam ini dengan segala keragamannya perlu diurus dengan teliti dan penuh hormat . Kita hanya faham secebis dari keseluruhannya dari penciptaan Tuhan yang Maha hebat ini.

Tatkala sikap angkuh dan tamak menguasai manusia yang membentuk kerajaan atau konglomerat yang hanya mahu mengambil faedah semerta dan keuntungan lumayan dari alam yang sangat sensitif ini, pertembungan antara manusia  dengan alam akan berlaku.

Akibat  keangkuhan dan ketamakkan manusia yang hanya mementingkan keselesaan , alam diperkosa dengan nafsu serakah.

Kerena  menanggapi alam ini hanya untuk dieskploitasi semahunya  , maka dengan sebab itu alam telah disalah urus . Akhirnya manusia akan menerima natijah buruk yang diperlihatkan oleh Pencipta alam ini  secara zohir kepada manusia yang jelas melampaui batas.

Inilah yang diisyaratkan pada ayat 41 Surah Ar Rum.

“Telah tampak kerusakan di darat dan dilaut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).”

Kenyataannya ialah  sesuatu bencana alam tidak boleh hanya dirumuskan kepada kata-kata “ujian Tuhan” semata-mata. Akan tetapi yang harus dilihat juga ialah sebab ujian itu diturunkan Tuhan. Yang jelas ia  adalah natijah dari suatu perlanggaran manusia terhadap hukum alam yang ditetapkan Tuhan . Tuhan yang mencipta alam dengan segala kesimbangan , dirosakkan dengan rakus oleh tangan manusia yang digerakkan oleh hati dan akal yang angkuh dan tamak.

“….. Merasakan sebahgian dari ( akibat ) perbuatan mereka… ” jelas adalah tempelakkan Tuhan yang mengisyaratkan agar manusia meneliti apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga Allah mahu manusia merasa sendiri akibat keangkuhan dan salahurus sumber alam yang dianugerah oleh manusia .

Dengan inilah kami mengesa semua pihak melangkau lebih dari hanya bertindak menyampaikan bantuan kepada mangsa .

Respon yang juga sangat perlu diambil ialah melihat apakah punca yang menyebabkan banjir berskala ini boleh berlaku.

Soalnya banjir besar di Jitra dan Kota Tinggi sepatutnya menjadi asas untuk pihak berkuasa mencari punca kenapa ia boleh berulang di Pahang dan Trengganu.

Sememangnya ujud fenomena alam yang boleh diterima sebagai faktor diluar kuasa manusia untuk mengawalnya. Namun tidak juga boleh diketepikan bahawa pola pembangunan yang dilaksanakan serta penyelenggaraan yang lemah terhadap segala prasarana yang dibina telah menyebabkan fenomena bencana alam itu berlipat kali ganda kesannya .

Apabila bumi telah ditutupi konkrit , bukit yang sepatutnnya boleh menyerap air hujan kerana diliputi tumbuhan telah ditarah dan dibotakkan , perancangan pembangunan yang memadatkan kawasan penduduk dan kawasan industri , kapasiti perparitan untuk saluran air tidak mampu menampung air yang berlebihan , pemendapan sungai berlaku dengan kadar yang tinggi akibat pembalakan dan  hakisan tanah bukit yang tersalur ke sungai , maka pasti , semuanya boleh menyumbang kepada banjir yang luar biasa.

Pelbagai langkah mitigasi banjir hanya boleh berkesan jika  punca pemusnahan alam yang telah melemahkan daya tahan persekitaran untuk menyerap dan menampung sebahagian dari hujan yang berlebihan itu dapat ditangani lebih dahulu.

Projek pelebaran perparitan dan mendalamkan sungai serta mengukuhkan ban sungai tidak boleh bertahan lama untuk menampung hujan yang berlebihan.

Apa yang seharusnya dilihat ialah pembangunan bandar itu sendiri. Berapa banyak ruang yang telah dikonkrit , berapa banyak kawasan yang sudah dibangun dengan perumahan , pejabat dan kawasan industri serta berapa kawasan bukit dan hutan bakau yang telah dimusnahkan.

Semua perkara ini membawa kepada meningkatkannya potensi air sungai melimpah dikala musim hujan yang berlebihan.

Demikian juga harus diteliti pembalakkan yang berlaku dikawasan hulu yang menyebabkan hakisan dan pemendapan sungai berterusan berlaku sehingga langkah mendalamkan sungai tidak dapat diatasi dengan berkesan.

Kami  menetapkan bahawa jika kerajaan bersungguh untuk mengambil iktibar dari banjir besar yang melanda bandar seperti yang berlaku sekarang di Kuantan dan Kemaman , maka segala kerosakkan alam sekitar yang berkaitan hendaklah ditangani . Bermakna segala projek pembangunan yang berkaitan dengan penambahan bangunan , perumahan , perindustrian dikawasan bandar hendaklah disemak semula.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: