MEMPERJUANGKAN BANGSA TETAPI MEMUSNAHKAN BUDAYA ADALAH SIA-SIA

Kenyataan Media TERAS
5 hb Disember 2013

TERAS Pengupayaan Melayu  menarik perhatian bahawa perhimpunan parti orang Melayu untuk menyuarakan nasib bangsa dalam keadaan jati diri serta kebudayaan yang semakin musnah dibawah parti yang mendakwa membela bangsa itu sendiri adalah perbuatan sia-sia.

Kami sangat kesal nampaknya persoalan akhlaq dan budaya orang Melayu yang terhakis akibat sikap kerajaan yang sangat liberal tidak menjadi perbahasan yang penting dikalangan mereka yang mendabik dada memperjuangkan Melayu.

hisham joget

TERAS mengesa agar Kerajaan laksanakan tanggungjawab menterjemahkan kembali Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bersendikan budaya rakyat asal  , kebudayaan lain yang sesuai dan wajar serta Islam sebagai unsur penting .

Dasar itu diperkenalkan pada 1971 sebagai hasil dari Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjur oleh Kementerian Kebudayaan , Belia dan Sukan ketika itu.

Namun dalam keadaan pihak kerajaan yang kian  semakin liberal kerana teruja dengan arus pemodenan dan globalisasi atasnama perdagangan bebas , dasar tersebut nampaknya semakin tenggelam .

Dasar yang sudah berusia 33 tahun itu tidak lagi menjadi teras pembangunan negara , akan tetapi hanya sebagai ungkapan kata-kata , padahal proses de-kulturalisasi sudah sangat pantas sehingga keperibadian nasional tidak lagi ujud kecuali dalam bentuk kosmetik sahaja.

Sementara pihak kerajaan sering mendakwa bahawa kepentingan negara  dipertahankan  , namun bila jati diri dan budaya  rakyat  terjejas akibat dasar liberal yang diamalkan  oleh pihak kerajaan , ternyata ia tidak diambil peduli.

Kami melihat kerajaan tidak lagi menghiraukan tanggungjawabnya untuk memastikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan diterjemahkan dalam semua acara yang dilaksanakan.

Bagi kami , hanya dengan menonjolkan aspek seni tari dan seni hiburan serta kraftangan bukan memenuhi maksud Dasar Kebudayaan Kebangsaan , kerana semua perkara tersebut telah menjadi bahan komersial untuk sektor pelancongan semata-mata.

Malangnya banyak acara-acara yang dilulus dan disertakan juga dalam program-program resmi kerajaan bercanggah dengan dasar tersebut . Dalam acara nasional seperti sambutan kemerdekaan , tahun baru , hari belia dan pelbagai sambutan resmi , kerajaan nampaknya sangat liberal ketika menapis persembahan yang sepatutnya dibenarkan  untuk tontonan awam.

Gara-gara mahu melayan apa yang disebut “selera anak muda “, kerajaan sendiri yang meluluskan persembahan kebudayaan yang sarat dengan ciri-ciri yang bercanggah dengan semua unsur yang ditekankan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan tersebut. Inilah yang berlaku pada sambutan Hari Belia yang lalu.

Dalam acara Kebudayaan Kebangsaan , bila dipersembahkan kesenian bersifat tradisional , ia hanya menjadi persembahan kosmetik dan tidak memenuhi ciri , adab dan kesopanan yang berteraskan Islam serta adat resam yang bersendi peraturan agama seperti yang dikehndakki oleh dasar itu.

Kami mendapati  kerajaan tidak serius mempertahankan Islam yang menjadi salah satu unsur terpenting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan . Ternyata kerajaan tidak peduli terutama bila  acara seni  dari luar  dibenarkan masuk ke dalam negara yang ternyata bertentangan dengan dasar Islam sebagai pegangan resmi negara ini.

Kami merumuskan juga industri hiburan yang berkembang dalam negara sekarang jelas semakin menunjukkan keghairahan untuk menciplak unsur , gaya dan model dari luar. Kerajaan dalam hal ini nampaknya sangat liberal ketika meluluskan bahan hiburan melalui siaran media massa.

Malah kami juga memerhatikan pelbagai budaya yang ditonjolkan  dalam media yang dikendali oleh kerajaan sendiri tidak mengendahkan soal batas adab dan peraturan Islam serta tradisi ketimuran yang berkaitan dengan filem , drama dan persembahan realiti show.

Perbahasan yang panas mengenai hak dan status istimewa orang Melayu tidak memberi sebarang makna jika jati diri dan budaya Melayu yang menjadi teras Kebudayaan Kebangsaan digadai oleh pihak kerajaan sendiri

Kami mengingatkan jika kerajaan hanya melihat  kebudayaan  dari sudut seni semata dan terbatas hanya kepada aspek promosi pelancongan sahaja , maka kami menyarankan supaya Kementerian yang sedia ada dirombak.

Jika kementerian sendiri gagal memahami maksud  kebudayaan dan pembangunan jati diri bangsa dan negara ,  maka  nama kebudayaan pada kementerian tersebut harus digugurkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: