PEMBUNUHAN ABDUL QADER OLEH REGIM HASINA DIKUTUK

Kenyataan Media Bersama

15 th Disember 2013

Kami mengutuk dengan keras pembunuhan Penolong Setiausaha Agong  Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Qader Mulla oleh kerajaan  Awami League Bangladesh.

Kami berdiri teguh dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh yang dilaksanakan dua hari yang lalu adalah suatu pembunuhan kejam , zalim dan suatu keputusan oleh sebuah sistem kehakiman Bangladesh yang bersifat kriminal.

mollaaaaa

Kematian Abdul Qader tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam diseluruh dunia .
Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah dibawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata .

Mahkamah yang membicara beliau dan beberapa pemimpin Jamaat Islami lagi telahpun dipersoal oleh organisasi hak manusia antarabangsa , kerajaan dunia dan juga PBB.

Abdul Qader telah dihukum dan menjalani hukuman mati oleh hakim yang paling korup dibawah telunjuk dan arahan pemimpin parti Awami League.

Kami menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Abdul Qader dan syahidnya beliau akan mencetuskan kebangkitan dikalangan golongan muda untuk menentang kerajaan tirani Awami League .

Kami mengutuk kerajaan dibawah  Awami League yang dipimpin oleh Perdana Menteri  Sheikh Hasina yang telah mengujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bertujuan untuk menghapuskan musuh politik Hasina , iaitu Jamaat Islami.

Tribunal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa . Inilah yang menyebabkan kumpulan hak manusia , PBB dan para ahli perundangan antarabangsa mempersoalkan pembicaraan ke atas pemimpin Jamaat Islami .

Tujuan utama Tribunal tersebut adalah untuk kerajaan yang sedia ada mempertahankan kuasa dan  menghapuskan musuh politik terutama Jamaat Islami dengan cara mengembleng golongan sekular , hakim dan pemimpin-pemimpin  Awami League agar menangkap dan membicara pemimpin Jamaat Islami.

Keputusan menjatuhkan hukum bunuh ke atas Abdul Qader jelas adalah keputusan yang diarah oleh Syekh Hasina .

Jamaat Islami dilabel sebagai parti anti liberal dan sebuah organisasi penjenayah.

Ia adalah sebuah keputusan yang samasekali tidak masuk akal kerana ia menafikan hakikat sejarah. Jamaat Islami yang telah melibatkan diri dalam pilihanraya sejak 1986  dalam pilihanraya Bangladesh secara sah telah diterima oleh sistem negara itu dan ada pemimpinnya yang telah menang dan menjadi Ahli Parlimen Bangladesh. Jadi bagaimana ia boleh dituduh organisasi penjenayah ?

Hujah hakim jelas adalah direka-reka , manakala keputusan sudah pun ditetapkan untuk menghapuskan Jamaat.

Kami yakin pembicaraan tersebut hanyalah sebuah konspirasi politik antara kerajaan , hakim dan kelompok elit sekular untuk melaksanakan hukum bunuh tersebut. Malah konspirasi itu didedahkan dalam majalah The Economist yang merakam perbualan antara hakim dan seorang musuh Jamaat Islam Dr Ahmad Ziauddin yang menetap di Belgium.

Arahan Perdana Menteri Sheikh Hasina “…no one will be able to stop the trial of war criminals. They will be executed on this soil” (The Daily Star, 3 March 2013). Abdul Qader adalah mangsa pertama dari arahan Hasina.

Kami melihat kerajaan Bangladesh yang ada sekarang bukan lagi sebuah kerajaan yang kredibel untuk memerintah kerana dengan ujudnya sebuah sistem kehakiman yang korup , negara itu tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti di mata dunia dan ia jelas sedang menuju ke arah sebuah negara yang gagal.

Tindakan kerajaan Bangladesh ini akan mengakibatkan rantau ini bakal menghadapi ketegangan yang akan mempunyai implikasi yang serius  terhadap kestabilan dan sekuriti kawasan ini.

Kami menuntut PBB campurtangan sebelum terlambat dan menghentikan tindakan mahkamah Bangladesh yang akan meneruskan keputusan menjatuhkan hukuman mati keatas beberapa pemimpin Jamaat dan juga pemimpin BNP . Kerajaan Bangladesh tidak boleh dibiarkan meneruskan hukuman bunuh keatas musuh politik Hasinadengan mengguna Tribunal yang penuh kepalsuan itu.

Kami mengesa semua pemimpin dunia untuk menuntut regim Hasina menghentikan pembicaraan ini dan tidak meneruskan melaksanakan  hukuman bunuh yang dijatuhkan keatas pemimpin-pemimpin Jamaat Islami.

Mohd Azmi Abdul Hamid
President MAPIM

Abdul Ghani Samsuddin
pengerusi SHUTA

Zulkifli Ibrahim
Timbalan Pengerusi JAMA’IY Perak

Wan Tarmizi Abdul Aziz
Timbalan Presiden TERAS

Datin Aminah Zakaria
YDP SALIMAH

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: