BENTERAS SALAHURUS KEWANGAN NEGARA

Kenyataan media MAPIM
19 hb Disember 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat ,  sangat membebankan rakyat.

Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros diperingkat kerajaan juga tidak dapat diterima samasekali.

Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam  perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara  . Ia tidak lagi boleh dinamakan  rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.

Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu  rasionalisasi perberlanjaan.

Apa yang mengecewakan ialah kerajaan maseh sepi ketika usul rasionalisasi perbelanjaan diketengahkan . Isu ketirisan , boros dan salah berbelanja oleh pemimpin kerajaan dan berlaku skandal  seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara ,  sangat mengecewakan.

Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan bahawa tidak ada pilihan untuk mengelak negara jadi muflis  selain menghapuskan subsidi . Konsep subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat.

Persoalan yang harus diketengahkan ialah ada subsidi yang tersalur kepada mereka yang tidak layak . Subsidi untuk rakyat berpendapat rendah adalah kewajaran yang mesti ditunai oleh kerajaan. Mekanisme subsidi itulah yang perlu diperbaikki.

Lebih serius lagi wang subsidi yang dijimatkan tidak pula diguna dengan berkesan untuk kebaikkan rakyat , malah gejala salah urus wang awam terus berlaku.

Keghairahan untuk melaksana projek yang tidak rasional seperti Menara Merdeka , konsesi yang berat sebelah kepada PLUS dan IPP ,  membenarkan Bernas dibolot sepenuhnya kepada seorang korporat,  tidak pula dilihat sebagai membelakangi kepentingan rakyat.

Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mengsubsidi IPP , tetapi kenapa ia harus membeli bekalan eletrik dan gas dari IPP padahal TNB mempunyai lebihan tenaga elektrik.

Isu sebenar yang sepatutya ditumpukan ialah membersihkan salahurus dan salahguna kuasa yang telah menyebabkan wang awam dibelanjakan secara boros manakala rasuah tidak dikekang dengan berkesan .

Sementara itu pula , aliran wang keluar negara secara haram telah mencecah lebih USD 285 bilion. Malaysia , menurut Global Financial Integrity adalah negara ketiga tertinggi didunia mengenai gejala aliran keluar wang haram

Ketika kerajaan mengumumankan rasionalisasi subsidi , apakah rakyat bawahan yang bergelut untuk mencari nafkah seharian dapat menerima rasional  kenaikan kos hidup sedangkan mereka terus menyaksikan penyelewengan , kelemahan pengurusan wang dan pemborosan berlaku dikalangan pemimpin negara.

Kerajaan harus bersikap jujur dan sensitif  dengan teguran yang diutarakan oleh pelbagai pihak yang menyatakan keresahan akibat pelbagai pengumuman kerajaan yang bertali arus yang telah menyebabkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang semakin terasa bebannya oleh rakyat.

Pelbagai pengumuman program transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak membawa erti kepada rakyat bila kehidupan seharian mereka semakin terjejas akibat kenaikkan kos hidup.

Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian bila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikkan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.

Penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.

Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewangan dan salahurus wang negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: