DAKWAAN MENGGULING KERAJAAN , ALASAN DANGKAL

Kenyataan Media MAPIM
30 hb Disember 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendirian bahawa tuntutan rakyat untuk kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat adalah wajar .

Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat.

Turun_logo_540_287_100

Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat  tidak harus dipandang serong.

Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa  bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi bila jurang kaya miskin di negara ini maseh ketara dan ujudnya kelompok berpendapatn tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk dikalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin yang kaya raya.

Perlukah rakyat berdiam diri bila ujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara dan golongan pemimpin elit berterusan menonjolkan hidup selesa , kerabat keluarga pemimpin yang hidup mewah , tidak kisah terhadap sebarang kenaikan sara hidup yang terpaksa  ditanggung oleh kebanyakan rakyat bawahan.

Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

Mendakwa ia bertujuan menggulingkan kerajaan adalah respon yang sangat tidak bertanggungjawab . Malah ini adalah petanda ujudnya sindrom mengelak dari mengakui ujudnya masalah dan mengambil kesempatan untuk mengalih perhatian dari isu yang sebenar.

Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama dikalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk dinegara ini.

Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik semada kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , isu kos hidup adalah isu yang pokok yang perlu ditangani . Hanya dengan mengalih perhatian kepada isu politik dengan menuduh ada pihak mahu menggulingkan kerajaan adalah suatu sikap yang sangat dangkal dan kebudakkan.

Kami bertegas pihak kerajaan perlu menunjukan sikap prihatin yang tulin dan tidak mengambil tindakan mengatasi masalah dengan langkah populis menebar wang kepada rakyat sedangkan masalah yang sebenar tidak diatasi.

Kami tidak dapat menerima kenyataan pihak tertentu , bahawa dalam keadaan kenaikkan kos hidup , rakyat diminta berusaha mencari pendapatan tambahan serta berbelanja dengan berjimat cermat.

Sementara ini dilihat hujah yang manasabah , akan tetapi ia juga boleh dilihat sikap oportunis dan escapism. Ini bukan soal berjimat cermat semata-mata tetapi juga soal salahurus perbelanjaan negara , perbelanjaan pengurusan yang boros  , ketirisan , rasuah , ketidaktelusan , salah guna wang subsidi dan pembaziran wang awam.

Jika persoalan-persoalan  pokok ini tidak ditangani maka insiden kebangkitan rakyat di banyak negara di Eropah dan Asia akan berulang di negara ini.

Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Disember 2013
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: