AMALAN MENGHABISKAN BAJET WALAUPUN TIDAK PERLU MESTI DIBENTERAS

Kenyataan Media MAPIM
1hb Januari 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar 2014 memula usaha  Kementerian Kewangan menyemak semua prosidur perbelanjaan agensi kerajaan dengan lebih tegas dan bersungguh.

Prosidur yang sering diamalkan oleh kerajaan persekutuan ialah semua agensi perlu menghabiskan semua bajet yang terbaki walaupun tidak ada keperluan berbuat demikian.

Amalan menghabiskan bajet agensi dihujung tahun walaupun dengan melaksanakan program yang sebenarnya tidak perlu  adalah amalan yang tidak sepatutnya dibenarkan dan ia jelas membazir.

Kami mempersoalkan apakah rasional amalan ini diteruskan. Padahal jika jelas rancangan kerja yang disediakan untuk dilulus oleh perbendaharaan tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab yang manasabah , seharusnya wang berlebihan hendaklah diserah kembali kepada Kementerian Kewangan .

Tidak ada sebab kenapa wang yang tidak dibelanjakan mengikut rancangan awal perlu dihabiskan hanya kerana mahu agensi berkenaan menunjukkan bahawa ia telah sempurna melaksanakan operasinya sebagaimana yang dirancang terlebih awal.

Pihak Jabatan Audit Negara Perlu mempersoalkan mana-mana agensi yang hanya berbelanja untuk menghabiskan bajet sedangkan program atau projek yang dilaksanakan tidak memenuhi keperluan .

Prinsip yang sepatutnya diguna ialah merancang dengan rapi , berbelanja dengan cermat dan berjimat sedapat yang boleh.

Rasional untuk berbelanja sehingga habis bajet tidak boleh dipertahankan jika ia hanya sekadar  memenuhi syarat untuk mendapat bajet tahun selanjutnya.

Prinsip berjimat dan bertanggungjawab terhadap setiap sen yang dibelanja agar mencapai hasrat asal sesebuah agensi itu diujudkan hendaklah diamalkan dalam setiap keadaan.

Amalan mengadakan acara hujung tahun yang tidak releven dengan fungsi agensi seperti lawatan sambil belajar yang tidak memenuhi maksud sebenar , acara sambutan yang tidak berkaitan dengan agensi , sambutan pemimpin yang keterlaluan sehingga membazir bajet agensi , semua ini perlu disemak semula dan dihentikan.

Pihak Kementerian Kewangan sepatutnya melihat kritiria mengurangkan perbelanjaan sebagai keutamaan , bukan hanya untuk mengeringkan bajet agensi kerajaan setiap tahun.

Laporan Aduit Negara pada 2012 jelas menunjukkan pelbagai kepincangan perbelanjaan dikalangan jabatan dan kementerian yang membazir dan berbelanja diatas perkara yang tidak releven dengan misi kementerian dan jabatan yang berkenaan.

Perbelanjaan yang tidak cermat telah mengakibatkan wang awam tiris akibat salahberbelanja oleh agensi kerajaan sendiri. Akibat yang lebih membebankan ialah bila ketirisan itu mengakibatkan perbendaharaan negara berhadapan dengan keadaan yang tenat dan gawat.

Berbilion wang awam diselewengkan. Jutaan ringgit bajet negara juga telah lesap akibat kecuaian , skandal dan salahguna kuasa.

Kami berpendapat dasar jimat cermat sepatutnya menjadi keutamaan dalam prosidur perbelanjaan dan ia perlu disiplinkan dikalangan pegawai kerajaan. Sementara itu acara kerajaan yang terlalu kerap dihotel-hotel yang mengguna bajet yang tinggi hendaklah dihadkan atau dihentikan.

Kami mengesa sebarang perbelanjaan yang jelas membazir hendaklah segera dibendung dan pegawai yang bertanggungjawab perlu diberi ingatan agar amalan yang menyebabkan wang awam tiris kerana boros akan diambil tindakan tegas.

Pihak perbendaharaan negara perlu mengambil iktibar dari kepincangan perbelanjaan yang telah berlaku setiap kali audit mengeluarkan laporan. Tidak guna audit dilaksanakan jika kecuaian yang sama berulang setiap tahun dan tidak ada usaha untuk memperbaikki prosidur perbelanjaan yang lebih baik.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: