KENAIKKAN KOS SARA HIDUP DAN PENJIMATAN TERDESAK TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH POKOK

Kenyataan Media TERAS
31 hb Disember 2013

Penjimatan , yang diistihar oleh kerajaan tidak boleh dielakkan lagi .Jelas kerajaan perlu membayar defisit yang berterusan membebankan kewangan negara , akibat perbelanjaan pengurusan negara yang tinggi dan ini menandakan ekonomi negara dalam keadaan terdesak dan akan bermasalah jika amalan pengurusan bajet tidak dirasionalisasikan.

Jika langkah berjimat tidak dilakukan defisit akan membesar dan hutang negara akan meningkat.

Soalnya isu ini adalah akibat dari amalan berbelanja oleh kerajaan persekutuan sendiri yang  boros dalam PRU 13 dan gagal kerajaan mengawal pengurusan kewangan secara rapi sehingga mengakibatkan ketirisan yang sangat besar dan melibatkan kerajaan kehilangan wang berjumlah lebih RM 6 bilion pada 2012.

Malangnya penjimatan yang sepatutnya suatu nikmat kini menjadi suatu bebanan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.

Sepatutnya penjimatan bukan tindakan  terdesak atau langkah terakhir  tetapi suatu prinsip amalan berbelanja yang wajar menjadi polisi yang tetap dan telus.

Memang amalan penjimatan mesti diterapkan dan didisiplinkan kepada semua pegawai awam , terutama pemimpin setiap Kementerian . Jika amalan berjimat cermat tidak diikuti seperti yang diarah  , maka pemimpin Kementerian dikalangan ahli politik itu sendiri mesti ditukar.

Kerajaan mesti jujur bahawa kewangan negara telah disalahurus . Pemimpin kerajaan jelas tidak bertanggungjawab bila wang awam digunakan untuk menabur janji dan memancing undi dalam pilihanraya umum ke 13 dan pilihanraya kecil di DUN Sg.Limau 2013.

Tidak dapat dinafikan betapa amalan menabur wang tunai kepada pengundi menjadi amalan kerajaan yang mahu menang pilihanraya sehingga melibatkan bajet yang diperuntukan untuk operasi agensi kerajaan diguna dengan sangat boros.

Banyak agensi kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak Menteri bila berlaku pilihanraya. Akibatnya bajet untuk tujuan melaksanakan pelbagai projek rakyat dialih kepada pilihanraya untuk membantu memenangkan calon dari kerajaan.

Sementara itu hutang kerajaan terpaksa dibayar , subsidi terpaksa ditarikbalik , cukai merentas peringkat dikenakan kepada rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Semua ini bakal menjadikan kehidupan seharian dikalangan rakyat sangat sukar.

Penjimatan dengan cara terdesak seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini , pasti akan memberi kesan kepada rakyat paling bawah . Menstabilkan aliran kewangan masuk dan keluar dari perbendaharaan negara , mengenakan cukai dan levi yang tinggi  adalah antara instrumen yang sering diguna dalam langkah penjimatan.

Langkah kerajaan memotong elaun Menteri akan hanya menjadi gimik jika gaya hidup Menteri dan anggota keluarga Menteri yang mewah tidak menunjukkan adanya  perubahan.

Pemimpin negara sendiri tidak menunjukkan contoh hatta dalam acara peribadi seperti pertunangan dan perkahwinan anak mereka yang sering mewah dan sangat membazir.

Sayangnya  ada agensi kerajaan dibawah Kementerian dan kerajaan negeri yang dikerah mengeluarkan perbelanjaan dari bajet yang sedia ada untuk membiaya acara peribadi Menteri dan pemimpin politik kerajaan persekutuan.

Semua peruntukan yang selama ini dibelanja secara mewah dalam acara resmi kerajaan sepatutnya sudah lama dibendung. Namun kerap ketua agensi kerajaan berbelanja bajet agensi yang besar hanya untuk menyambut kedatangan Menteri akibat arahan pegawai atasan

Acara pelancaraan dalam banyak program kerajaan yang sarat dengan gimik dan acara sampingan sepatutnya tidak lagi diamalkan . Namun jelas setiapkali perayaan ysng dianjur kerajaan , acara yang membazir itu jualah yang diulang untuk menonjolkan kehebatan masing-masing agensi dan Kementerian.

Kerajaan perlu mengatasi isu pokok untuk menangani defisit dan kekurangan kewangan negara iaitu membendung ketirisan dan rasuah , pengaliran wang haram keluar negara, menyekatkan amalan campurtangan politik melampau  dalam pengurusan agensi kerajaan serta menyemak semula semua projek mega yang akan membebankan perbendaharaan negara untuk jangka masa panjang.

Kami mengesa penjimatan ini menjadi dasar berterusan dan sebarang pemotongan perbelanjaan tidak menjejaskan kemudahan utama rakyat iaitu khidmat kesihatan , pendidikan dan kebajikan serta hak sosial .

Semakkan juga harus dibuat untuk menilai semula rasional gaji CEO syarikat GLC yang terlalu tinggi termasuk gaji penjawat awam peringkat atasan yang tidak manasabah mengikut persepsi rakyat .

Penjimatan semata-mata yang tidak melibatkan perubahan dasar fiskal yang menyeluruh kepada ekonomi negara tidak akan membantu menyelesaikan masalah kewangan negara.

Kerajaan mesti telus dan menunjukkan kesungguhan untuk mengatasi semua kepincangan dalam pengurusan kewangan negara agar amalan membazir dan kronisme benar-benar diperangi.

Jika tidak , pengajaran dari Arab Spring dan Europe Spring akan menjadi pilihan rakyat untuk menuntut perubahan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: