PERUTUSAN MAPIM , TERAS dan SALIMAH 2014

Menjadi kebiasaan untuk menyatakan harapan dan azam bila tirai tahun baru dibuka. Soal yang harus ditanya apakah kita sudah mengambil iktibar dari tahun sebelumnya.

Kata orang , ambillah pengajaran dari masa lalu , hidupi realiti masa sekarang dan berharap untuk hari  muka yang lebih baik.

Lantaran itu menjadi hal yang sangat pelik jika menyambut tahun baru tetapi tidak berasaskan iktibar dari kesilapan dan kelemahan yang dialami sebelumnya.

Celaka betul jika harapan untuk mendapat yang lebih baik tetapi mengulangi kesilapan yang lama sehingga jatuh dalam lubang yang sama. Demikian yang diingatkan oleh insan mulia Rasulullah s.a.w. bila seorang Muslim terjebak dalam kesilapan  sedangkan ia pernah jatuh dilubang yang sama.

Kami mengajak semua aktivis penggerak perubahan insaf bahawa apa yang diperlukan ialah memahami betul apakah realiti yang dimahukan setelah melalui tahun 2013.

Bagaimana rupa bentuk dan sifat masyarakat dan diri yang mahu dicorakkan setelah merumuskan ada kecuaian dan kealpaan yang dilalui sebelumnya? Harus diteliti lagi , apakah kemahuan yang lalu maseh releven untuk melangkah memasukki  tahun yang baru?

Pokok persoalan ialah sebarang pembaikkan diri perlu melihat realiti yang sedia ada . Jika difahami dengan jelas betapa masyarakat yang sedia ada tidak secocok dengan kualiti dan panduan yang ditetapkan oleh petunjuk Ilahi , maka perubahan yang diperlukan ialah berusaha untuk beranjak .

Berganjak dari kegelapan kepada cahaya , dari kejahilan kepada ilmu , dari kemalasan kepada tekun dan dari ketidakpedulian kepada keperihatinan.

Amati kata kata hikmah ini ” harapan adalah bagaikan keberanian untuk menghadapi sebarang kemungkinan ” . Bermakna berani untuk menanam harapan bahawa tidak ada yang tidak boleh diperbaikki jika kita berpihak kepada kebenaran. Berani juga untuk mengharap kepada Yang Maha memaqbul harapan bahawa dengan kekerdilan diri , kita tetap punya keutuhan untuk melancarkan perubahan .

Kita harus siapa menerima apa adanya dengan berbekal sikap ada mutiara hikmah dalam setiap ketentuan Allah yang Maha Tahu.

Berani untuk berusaha , berani untuk gagal , berani pula untuk bangkit semula.

Inilah kualiti yang sepatutnya disemai dalam diri kita yang mahu perubahan kepada yang lebih baik. Sesungguhnya setiap kebaikkan perlu dibayar dengan harga yang mahal. Lebih mahal dari emas dan harta bergunung. Iaitu bersedia mengenepikan keselesaan dunia yang serba dangkal kepada kedamaian alam akhirat yang serba luas dan tak terbatas.

Bila diteliti peristiwa dan babak kemelut 2013 dalam dan luar negara , kami mejangka 2014 tidak menyediakan keadaan yang lebih baik. Yang pasti rakyat yang didera dengan sejumlah masalah kehidupan yang sangat beragam : kepincangan ekonomi , sosial ,budaya , politik ,  pengurusan dan krisis alam linkungan , adalah sekadar  beberapa masalah yang akan terus mewarnai tahun 2014.

Akan tetapi yang jauh lebih malang ialah bila ujudnya sindrom menafikan realiti dan cuba berselindung dibalik kelemahan diri dan enggan berubah. Lebih parah lagi ialah menuding kelemahan orang lain untuk menutupi kebodohan diri sendiri.

Kami merasakan sangat hebat kehidupan ini bila ruang dan medan beramal disediakan dengan sangat luas , sementara ada sahaja dayausaha yang boleh dilaksana , ada sahaja insan yang boleh kita dicurahkan  bakti kita dan ada serba kemungkinan untuk berharap kepada yang lebih baik dan yang lebih gemilang.

Memang betul dalam setiap kegelapan ada cahaya jika kita bersungguh mencarinya , dalam setiap kesusahan ada kesenangan jika kita tegar berhadapan dengan ujian  , dalam setiap kerumitan terdapat peluang yang luar biasa jika kita tahu bagaimana memanfaatkan peluang.

Asalkan kita jujur mahu berubah.

Tanggungjawab merubah dan berubah terletak kepada kita yang tahu tujuan kita dilahirkan dan dihadhirkan di muka dunia ini. Kita boleh memilih untuk menjadi subjek untuk mengikut arus atau berani menjadi aktor untuk memahat sejarah buat manusia dan kemanusiaan.

Sebab itu berazam untuk menjadi lebih baik , mensasarkan untuk mendapat yang lebih banyak dan lebih bagus , tidak memadai.

Yang sangat didambakan ialah bagaimana kita menyerlahkan kekhalifahan kita untuk memenuhi semula janji kita  menegakkan kalimah Illahi.

Bagaimana kita berperanan untuk memerangi kebejatan yang melingkaran hidup masyarakat sehingga kita dapat murnikan semula kemanusiaan.

Kepincangan dalam mengurus amanah yang dimandatkan kepada mereka yang kini memegang kuasa harus menjadi sasaran perubahan yang kita perlu gembleng dan bekerja keras untuk tahun 2014.

Supaya mereka tahu bahawa rakyat tidak boleh berterusan diperbodoh dengan janji dan tipu helah untuk kekal terus berkuasa . Akan sampai masanya keazaman rakyat dan harapan rakyat menjadi kenyataan yang mengerikan bagi pengkhianat yang sekian lama berkuasa.

Selamat menyambut tirai 2014 .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM dan TERAS

Penasihat SALIMAH

9.50 malam 31 hb Disember 2013

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: