PEMBUNUHAN DI MESIR – DUNIA ISLAM PERLU BERTINDAK

Kenyataan Media MAPIM

6 hb Jan.2014

Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pembunuhan secara beramai-ramai  di Mesir yang kini maseh berterusan oleh regim tentera Mesir yang semakin zalim.

Seramai 17 orang telah terbunuh dalam siri terbaru tindakan keganasan di Mesir ketika penyokong Ikhwanul Muslimin  berdepan dengan anggota polis di Kaherah dan lain-lain bandar.

Kami sangat terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh pihak tentera yang kian meluas dan menyebabkan kematian yang ramai  direkodkan di Kaherah pada hari Jumaat pada 3 hb Januari 2014.

Di Fayoum 3orang telah terbunuh, 2 orang terbunuh di Alexandria, manakala di Islamiya dan Minya masing-masing melaporkan satu mangsa yang terbunuh.

Para demonstran mengatakan bahawa jumlah sebenar kematian lebih tinggi dari yang dilaporkan.

Menurut pegawai perubatan dan keselamatan,ramai yang dilaporkan tercedera, dan sekurang-kurangnya 122 orang telah ditangkap.

Kami mengutuk tindakan kejam kerajaan Mesir yang kian berleluasa terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan gerakan untuk mengharamkan parti politik yang berasaskan keagamaan serta tindakan yang memberikan lebih kuasa kepada pihak ketenteraan Mesir.

Rakyat Mesir sangat jelas dengan pendirian mereka yang menolak apa-apa bentuk pemerintahan ketenteraan di Mesir. Seluruh dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap tindakan keganasan kerajaan Mesir terhadap penyokong Morsi semenjak Ogos 2013.

Pihak berkuasa yang didokong oleh tentera  mengatakan bahawa tindakan  merangka satu perlembagaan baru adalah sebagai satu langkah mengembalikan pemerintahan demokrasi di Mesir. Tetapi tindakan ini ternyata ditentang oleh rakyat Mesir

Pembunuhan baru-baru ini menjadi bukti jelas situasi goyah  yang sedang dihadapi regim tentera semenjak penggulingan Morsi sebagai presiden yang sah.

Kami sangat terkejut dengan polisi tembak untuk bunuh yang diguna pakai oleh pihak polis dan tentera ketika menghadapi para penunjuk perasaan.

Walaupun kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa oleh tentera begitu jelas, namun pihak tentera dengan kesombongan mereka terus menafikan segala protes yang ditunjukkan rakyat secara berterusan sehingga kini.

Kami percaya bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut agar demokrasi di Mesir dikembalikan.

Kami berasa marah dan kecewa dengan sikap berdiam diri masyarakat dunia apabila melihat  keganasan yang tidak berpenghujung oleh regim tentera Mesir.

Keganasan tentera Mesir terhadap rakyat yang menentang mereka  menyebabkan Mesir hari ini  telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah.

Tindakan hipokrit kuasa-kuasa Barat yang membenarkan pemerintahan diktator  tentera Mesir merampas kuasa , jelas menunjukkan sikap “double standard” apabila berlaku kebangkitan politik yang bersifat islamik yang dilihat sebagai satu ancaman kepada Barat.

Kami mengutuk tindakan melabelkan kumpulan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas. Hal ini jelas menunjukkan tindakan untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin dari bumi Mesir.

Konspirasi antara golongan anti-demokrasi yang berkuasa di Mesir dengan kuasa-kuasa Barat untuk menjalankan satu rampasan kuasa dari Presiden secara haram jelas menunjukkan tujuan mereka untuk mencantas sebarang kemungkinan kemunculan politik Islam di Mesir.

Kami menyimpulkan bahawa pembunuhan para penunjuk perasaan secara beramai-ramai adalah selari dengan polisi kuasa Barat yang mahu menyekat sebarang kebangkitan umat Islam untuk mendapatkan kuasa ditengah-tengah kegawatan politik di Mesir.

Kuasa Barat telah melihat ‘arab spring’, yang telah menunjukkan keupayaan gerakan Islam mendapat kepercayaan rakyat ,  sebagai satu ancaman kepada kepentingan mereka.

Kami menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan OIC memberi tekanan kepada regim tentera agar mengembalikan hak-hak demokrasi kepada rakyat Mesir.

Kami menuntut agar hak kumpulan Ikhwanul Muslimin untuk menyertai tuntutan rakyat untuk mendapat hak kebebasan bersuara dan melakukan reformasi sistem politik di  Mesir dikembalikan.

Tindakan melabelkan kumpulan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas hendaklah dibatalkan dan ditarik semula.

Semua tahanan politik juga mesti dibebaskan.

Kami menuntut agar semua yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan para penunjuk perasaan dibawa ke muka pengadilan

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: