TUNTUT PAMPASAN LEBIH MUDAH JIKA LAKSANA SYARIAH SEPENUHNYA

 

 

 

Muhammad Nuruddin Bashah

 

Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)

 

Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara

 

 

Bagi pemerhati yang berminat mengkaji berkenaan potensi kejayaan syariah di Malaysia pasti boleh membuat beberapa kesimpulan apabila membaca makalah bertajuk Tragedi Kilang Coklat yang disiarkan oleh Majalah Al Ustaz keluaran No. 21 pada halaman 92.

 

 

Makalah yang dinukil oleh peguam Mohamad Fadly Dato’ Zakaria ini mengupas isu kemalangan yang berlaku di sebuah kilang coklat di mana mangsa adalah seorang pelajar tadika bernama Fikri datang melawat ke kilang berkenaan bersama rombongan tadikanya.

 

 

Disebabkan kecuaian majikan kilang yang tidak menyediakan penjaga atau pemantau di kawasan memasak coklat panas, tanpa papan tanda bahaya dan sebagainya menyebabkan adik Fikri (6 tahun) menjadi mangsa apabila coklat panas terkena pada muka beliau. Lebih memilukan apabila berlaku pertengkaran antara pihak kilang dengan guru pengiring dan bantuan kecemasan yang sepatutnya sampai secepat mungkin hanya hadir 15 minit kemudian.

 

 

Melalui tindakan saman melalui undang-undang sivil, adik Fikri selaku plaintif berjaya menuntut pampasan sebanyak RM 500 ribu untuk kerugian am, RM 200 ribu untuk pembedahan plastik, RM 300 ribu untuk ganti rugi penjagaan dan RM 50 ribu untuk ganti rugi teruk.

 

 

Ya, melalui undang-undang Tort common law, pampasan boleh dituntut oleh mangsa atas kes kecuaian (negligence) disamping majikan kilang berkenaan juga didenda melalui Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994. Akta ini merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain termasuk pelawat yang sah yang turut berada di kawasan tersebut.

 

Antara tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja. ‘Orang lain’ tersebut merujuk kepada tetamu, pelawat atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasi berkenaan.

 

 

 

 

Disebabkan kegagalan majikan seperti majikan kilang coklat ini, mereka boleh didenda sebanyak RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Hal ini termaktub dalam seksyen 15(2) OSHA 1994.

 

 

Denda melalui akta yang bersifat pencegahan seperti OSHA 1994 dan FMA 1967 dibayar kepada kerajaan. Kerajaan mendapat untung setiap kali majikan melakukan kecuaian, pengabaian serta tidak mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja.

 

 

Jadi, bagaimana undang-undang sivil ini mampu membantu meringankan beban mangsa? Undang-undang jenayah juga kesemua dendanya hanya menguntungkan kerajaan semata-mata.

 

 

Oleh itu mangsa perlu menggunakan saluran undang-undang Tort berasal daripada undang-undang jenayah sebagai cara untuk menuntut pampasan. Disebabkan itulah ibu bapa Fikri mampu memperolehi sejumlah besar pampasan melalui tindakan saman di mahkamah.

 

 

Bagaimana pula syariah Islam membantu dalam isu ini?

 

 

Dengan sistem diyat, segala kerugian akibat kecuaian mampu ditampung melalui pembayaran pampasan kepada si mangsa tanpa perlu bertindak mengumpul bukti mengabsahkan tuntutan saman pampasan.

 

 

Diyat bukanlah hukuman asal. Diyat hanya akan berlaku jika hukuman qisas digugurkan. Oleh itu, diyat ini adalah sebagai pengganti kepada hukuman qisas. Oleh itu, pesalah yang digugurkan daripada hukuman qisas oleh sebab tidak cukup syarat atau bukti tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa membayar ganti rugi kepada mangsa.

 

 

Hukuman qisas, diyat dan tort mempunyai persamaan daripada segi hak, iaitu terdapat manusia disitu. Di dalam qisas dan diyat, terhadap hak Allah dan hak manusia, akan tetapi hak manusia yang lebih diutamakan. Manakala di dalam tort hanyalah mementingkan hak manusia semata-mata. Di dalam hukuman ini, mangsa atau waris atau al aqilah diberi ruang untuk memaafkan pesalah walaupun tanpa sebarang bayaran.

 

 

Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 26 Oktober 2007, Siti Shamsiah Mohd. Sufi iaitu Pegawai Penyelidik Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia menulis berkenaan sistem diyat dipegang oleh Mazhab Shafie sebagai asas bagi pembayaran ganti rugi (diyat). Misalnya menurut Mazhab Maliki dan Hanafi, diyat akibat kematian boleh dibayar sama ada dengan emas 1,000 dinar atau perak 12,000 dirham.

 

 

 

 

Lihat contoh yang dibawakan oleh Dr. Z. A. Abd. Rahman Fellow Pusat Syariah & Undang-Undang, IKIM dalam Utusan Malaysia pada 24 Mei 2000. Menurut beliau di Arab Saudi sebagai contoh, jika doktor atau pekerja perubatan menyebabkan dengan sengaja seseorang terkena kuman HIV/AIDS, jika kematian berlaku boleh dikenakan qisas mengikut undang-undang syariah.

 

 

Sekiranya tindakan yang dilakukan itu timbul daripada perbuatan tidak sengaja atau cuai, maka jika ia mengakibatkan kecederaan, pampasan (diyat) hendaklah dibayar kepada mangsa merangkumi kos perubatan dan jumlah tertentu yang telah ditetapkan di dalam undang-undang jenayah Islam yang dikenali sebagai sistem diyat. Begitu juga jika tindakan berkenaan telah menyebabkan kematian, maka pihak yang melakukan tindakan demikian perlu membayar pampasan bagi menyebabkan kematian tidak sengaja itu di dalam jumlah yang ditetapkan berdasarkan sistem diyat yang menyamai nilai 1,000 dinar wang emas iaitu lebih kurang RM100,000.00 bagi satu kematian.

 

 

Kecuaian di tempat kerja misalnya meskipun kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu bukan atas arahan jelas daripada majikannya, namun pihak majikan termasuk kerajaan sebagai majikan perlu bertanggungjawab membayar pampasan kepada pihak yang terlibat lebih-lebih lagi jika tindakan yang menimbulkan mudarat itu memang dilakukan secara tidak sengaja.

 

 

Terdapat beberapa kes yang telah diputuskan Nabi s.a.w dan para khalifah Al-Rasyidin dalam menangani isu yang hampir serupa. Ini adalah berdasarkan satu kaedah umum yang diterima pakai di dalam undang-undang Islam bagi menyelesaikan kes-kes kematian di mana penyebabnya tidak dapat ditentukan dengan jelas yang menyatakan nyawa manusia tidak harus dibiarkan tanpa apa-apa pampasan.

 

 

Bagaimana pula dengan kerugian akibat penipuan projek atau kegagalan menyiapkan projek? Melalui undang-undang sivil pampasan boleh dituntut. Namun melalui syariah lebih mudah kerana ia boleh dimaktubkan secara automatik tanpa perlu mangsa bersusah payah memfail saman.

 

 

Merujuk kajian PMRAM melalui laman http://www.manhal.pmram.org/ menyatakan persetujuan antara dua pihak atau lebih di atas kadar ganti rugi (pampasan) yang berhak ke atas salah satu pihak apabila pihak yang lain tidak melaksanakan keseluruhan perjanjian (kontrak) atau tidak melaksanakan sebahagiannya atau terlewat menyiapkan tuntutan perjanjian (projek) yang telah disepakati pada tempoh yang ditetapkan. Persetujuan ini kebiasaannya berlaku semasa akad atau sebagai perjanjian tambahan dengan syarat sebelum terjadinya sesuatu kerosakan.

 

 

Disyaratkan untuk dikenakan penalti ialah apabila berlakunya kesilapan dari sebelah pihak, kesilapan ini mungkin terjadi akibat tidak menyempurnakan projek yang diberikan seperti yang dikehendaki, ataupun binaan yang dibuat mempunyai kecacatan seperti keretakan dinding.

 

 

 

 

Akan tetapi, kecuaian ini hanya dikira sekiranya projek yang dipersetujui itu didalam kemampuan untuk dilaksanakan (setakat dipraktikkan). Sekiranya tidak mampu untuk dilaksanakan, maka pihak tersebut tidak dikira melakukan kecuaian. Contohnya barang yang dikehendaki untuk dihantar kepada syarikat tertentu adalah barang yang perlu diimport dari luar Negara, tetapi kerajaan tidak benarkan proses import ini berlaku kerana faktor peperangan atau hal diplomasi, dalam hal ini pihak yang melaksanakan tanggungjawab ini tidak dikira cuai kerana masalah ini diluar bidang kuasanya.

 

 

Kesimpulannya pampasan melalui diyat perlu difahamkan kepada rakyat. Ramai yang hanya memahami konsep diyat melalui kes-kes bunuh balas yang diturunkan ke peringkat pampas tanpa mengetahui kecuaian, kecederaan tanpa niat juga boleh dituntut melalui diyat. Dunia hari ini seolah-olah menswastakan tugasan memberi pampasan kepada mangsa kepada syarikat insuran dan takaful. Itu pun jika mangsa merupakan pencarum insuran/takaful. Sewajarnya konsep manfaat kepada mangsa bukan konsep yang dijaja ala kapitalis melalui insuran atau takaful, sistem syariahlah yang membela semua rakyat tanpa perlu bergantung kepada insuran/takaful.

 

 

Melalui konsep pampasan yang dibayar kepada mangsa tanpa si mangsa perlu bersusah payah menfail saman kerugian ianya lebih praktikal berbanding permohonan saman melalui mahkamah sivil. Malah pihak yang cuai dalam akta tertentu mungkin hanya membayar denda kepada kerajaan. Si mangsa hanya termenung mengenang nasib tanpa pembelaan. Wacana berkenaan diyat dan sebagainya pelru diperluaskan lagi.

 

 

Bertam Putra

 

7 Januari 2014
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Januari 2014
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: