DENGAR RINTIHAN RAKYAT, BUKAN MERENDAH SUARA RAKYAT.

Kenyataan Media MAPIM
6 hb Januari 2014


MAPIM berpendapat bahawa adalah sangat penting para ulama berperanan menjernihkan keadaan ketika umat menghadapi kemushkilan menghadapi isu kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kemelut hidup akibat kepincangan urustadbir pemerintah.

Dikala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan bila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu.

Rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.

Untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada Perdana Menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.

Suara rakyat, termasuk ahli akademik dan pemimpin politik dari dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk PM memberi respon yang wajar terhadap keresahan rakyat.

Tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidupkan diturunkan. Sudah banyak pengajaran dari negara- negara diseluruh dunia bila rakyat bangkit kerana pemerintah tidak telus dalam membuat keputusan dan akhirnya menambah beban rakyat.

Lagi pun perkataan mengguling kerajaan telah pun dinafikan oleh pihak yang penganjur perhimpunan dan siasatan telahpun dijalankan oleh pihak polis. Ternyata yang menjadi arahan polis ialah perhimpunan haram tidak boleh diadakan bukan soal hendak menggulingkan kerajaan.

Jika tuduhan niat asal untuk menggulingkan kerajaan masih diungkit maka ia hanya persepsi yang perlu dibuktikan.

Perhimpunan Turun yang diadakan oleh pihak penganjur jelas bermakna mendesakkan pihak kerajaan menurunkan kos sara hidup bukan menggulingkan kerajaan.

Pilihan menubuh atau menukar kerajaan melalui pendekatan demokrasi masih menjadi pilihan rakyat.

Rakyat sudah biasa dengan terlibat beramai-ramai dalam perhimpunan yang tidak dibenar oleh pihak keselamatan namun tidak berlaku usaha penggulingan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

Kerap ditegaskan bahawa perhimpunan yang hendak diadakan adalah perhimpunan aman.

Namun jika ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi ganas dengan bertindak liar atau membawa senjata maka ia harus disiasat dan bukan terus didakwa ia bukti pihak penganjur mahu melakukan kekerasan.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar ulama bersikap simplistik dengan membuat rumusan dari maklumat yang tidak tepat dengan hanya bersandar kepada media lalu mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan umat dan menegangkan suasana.

Kami sangat mengharapkan ulama dan pemimpin politik menyantuni resah rakyat agar penyelesaian yang lebih bermakna dapat dicapai dan supaya mengelakkan emosi saling mencabar dan menuding berterusan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: