ISTILAH BUGHAH TIDAK RELEVEN TANPA HUDUD

Kenyataan Media TERAS
7 hb Januari 2014

Kami berpendapat istilah Bughah untuk dikenakan keatas mereka yang terlibat dalam perhimpunan aman “Turun” tidak releven selagi hukum hudud tidak diterima oleh pemerintah.

Ada perbedaan pendapat dikalangan ulama samada bughat termasuk dalam hukum hudud atau tidak.

698cc8e535659b2e34c051d7007b7aa7

Jika darah mereka menjadi halal, mereka yang digolong sebagai bughat iaitu kelompok yang memberontak ke atas kerajaan di negara ini akan dikenakan hukuman hudud.

Akan tetapi hudud tidak boleh digunakan selagi perlaksanaan hukum hudud tidak digubal dan diaplikasikan di Malaysia.

Sebab itu mereka yang dianggap halal darah kerana dituduh sebagai Bughah tidak memberi kesan dari sisi hukum Islam di negara ini kerana undang-undang syariat iaitu undang-undang hudud tidak wujud diperingkat kerajaan Pusat.

Setakat ini enakmen hudud hanya terdapat di Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan enakmen tersebut digubal dan dilulus oleh Dewan Undangan Negeri dibawah kerajaan Pas, termasuk mengenai bughat. Manakala di Terengganu enakmen hudud ketika Pas memerintah tetapi tidak termasuk bughat.

Enakmen itu ialah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M.

Walaupun ada khilaf antara ulama mengenai samada bughat adalah dibawah hukuman hudud atau tidak namun yang pasti ialah bughat tidak dapat digolongkan terhadap kumpulan yang menyertai perhimpunan Turun kerana mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk menggulingkan kerajaan.

Persoalan yang pasti harus dipertimbangkan ialah isu kos sara hidup yang disuarakan melalui perhimpunan rakyat itu perlulah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pemerintah kerana ia adalah isu yang tulin menyentuh kebajikan rakyat.

Kami berpandangan pendekatan menakutkan orang ramai bahawa suatu pemberontakan dan keganasan luar biasa akan berlaku dan dengan itu darah mereka menjadi halal adalah pendekatan yang tidak wajar dan merbahaya.

Tuntutan supaya didamaikan antara dua pihak juga tidak dilakukan oleh mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa pun yang mengambil insiatif untuk mengadakan perundingan dan mendamaikan antara penganjur Turun dan pihak kerajaan.

Syarat menundukkan satu pihak supaya berdamai tidak berlaku dalam kes perhimpunan Turun.

Apa yang berlaku ialah amaran oleh pihak keselamatan dan tidak ada daya usaha pihak kerajaan untuk berunding dengan penganjur.

Jadi label bughat menjadi suatu persoalan yang perlu diungkap dengan sangat berhati-hati agar kerumitan dan keresahan rakyat tidak menjadi bom jangka yang tidak didapat dikawal seperti yang berlaku dibeberapa negara di Asia Barat yang disaksikan sekarang.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: