Akta Mahkamah Kehakiman 1964; perlu pindaan elak gangguan laksana Syariah Islam
 
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Telah beberapa tajuk makalah ringkas berkenaan advokasi dan usaha taghyir (perubahan) ke arah perlaksanaan syariah secara syumul telah disediakan oleh penulis walaupun penulis sebenarnya bukan pengamal atau pelajar daripada aliran perundangan. Namun begitu dalam siri makalah Gerakan Sokong Syariah (GESA) ini sebarang advokasi terhadap perlaksanaan undnag-undang syarah secara total adalah merujuk pelbagai sumber antaranya jurnal perundangan, pandangan para ahli akademik serta pandangan peribadi pelbagai peguam yang bersimpati dengan nasib hukum syariah di Malaysia ini.
Kali ini penulis cuba membawa satu lagi aspek perundangan negara kita yang sebenarnya sedikit sebanyak menggangu syariah dilaksanakan atau sekurangnya ia mengganggu tugas-tugas mahkamah syariah.
Rakyat menyambut baik hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika merasmikan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada tahun 2010 untuk menaik taraf Mahkamah Syariah, mewujudkan perjawatan secara berpusat dan menaik taraf hakim Mahkamah Syariah namun sebenarnya masih jauh daripada mencukupi.
Isu besar Mahkamah Syariah bukannya isu gaji atau emolumen tetapi isu runag kuasa dan hak menghukum tanpa ada kacau gugat kuasa lain.
Jika dibincang juga isu gaji dan taraf penjawatan mahkamah syariah Malaysia, walaupun selepas 20 tahun, kedudukan Mahkamah Syariah sebenarnya masih pada taraf rendah berbanding Mahkamah Sivil daripada sudut hieraki, perjawatan, jaminan perjawatan, keselarasan dan penyeragaman undang-undang serta penghakiman.
Begitu juga persepsi masyarakat, lambang dan prestij, infrastruktur, prasarana, latihan kepada pegawai, undang-undang dan penguatkuasaan, skim dan gred penggajian kakitangan, bidang kuasa perundangan, serta cara perlantikan hakim.
Sebelum ini, hanya ada tiga peringkat Mahkamah Syariah iaitu
  1. Mahkamah Rendah Syariah,
  2. Mahkamah Tinggi Syariah dan
  3. Mahkamah Rayuan Syariah.
Berbanding empat peringkat di Mahkamah Sivil iaitu
  1. Mahkamah Rayuan,
  2. Mahkamah Tinggi,
  3. Mahkamah Seksyen dan
  4. Mahkamah Majistret.
Selepas ada adangan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah pada penghujung tahun 2012, tingkatan Mahkamah Syariah akan dinaik taraf kepada Majlis Rayuan Syariah (Syariah Privy Council), Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Tengah Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Sehingga artikel ini ditulis (Januari 2014), penaiktarafan ini berada di tahap terakhir ( menurut kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat)
Hal inipun hanya terlaksana selepas persetujuan Majlis Agama Islam Negeri-negeri kerana hak pengadilan syariah tertakluk di peringkat negeri.
Selama ini longgokan kes hanya di mahkamah rendah dan tinggi ini memberi kesan kepada perjalanan kes dan akan mengambil masa lama sehingga mencemar nama baik sistem mahkamah syariah Malaysia.
Antara ‘double standard’ lain dalam perbandingan situasi mahkamah adalah isu jaminan penjawatan.Jaminan perjawatan hakim di Mahkamah Syariah tertakluk kepada prosedur perkhidmatan awam, berbanding jaminan perjawatan hakim di Mahkamah Sivil yang tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).
Menurut tulisan Tuan Musa Awang yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010, gaji hakim di Mahkamah Syariah jauh lebih rendah berbanding di Mahkamah Sivil. Mialnya, gaji hakim Mahkamah Rayuan Sivil adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding gaji hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Namun begitu dalam celahan masyarakat islam berasa berjaya dengan penaiktarafan tersebut jangan lupa masih banyak perkara yang merendahkan taraf mahkamah syariah dan inilah perananan GESA untuk mendedahkan serta menyedarkan masyarakat Islam agar terus memartabatkan mahkamah syariah.
Ramai peguam-peguam syariah secara peribadi mahupun melalui petubuhan terentu mencadangkan agar kerajaan meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan memasukkan peruntukan baru dalam Seksyen 4 bagi membolehkan pertikaian mengenai Islam di mahkamah sivil dirujuk ke mahkamah syariah untuk keputusan atau penghakiman. Hal ini kerana seperti kes-kes perbankan Islam, hakim sivil tidak berkelayakan dalam soal ilmu fiqh Islam.
Misalnya juga jika terdapat isu atau pertikaian membabitkan akidah, kepercayaan atau hukum syariah atau apa jua pertikaian mengenai Islam, mahkamah sekular sebenarnya wajib merujuk ke mahkamah syariah untuk satu keputusan atau penghakiman dan hal ini tidak berlaku selagi mana Akta Mahkamah Kehakiman 1964 belum dipinda.
Kes contoh:
Kes Myriam lwn Arif [1971] 1 MLJ 265,
mahkamah memutuskan bahawa hak penjagaan anak keluarga Islam boleh diputuskan di bawah Akta Penjagaan Kanak-kanak 1966 dan perintah berkaitan dengnnya boleh dibuat oleh Mahkamah Sivil. Keputusan ini bertentangan dengan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk membicarakan kes penjagaan anak orang Islam. Lihat juga kes Ainan lwn Syed Abubakar [1939] MLJ 219, Robert lwn Umi Kalthom [1966] 1 MLJ 163, Nafsiah lwn Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174 dan Abdul Ghani lwn Sheriza [1989] 3 MLJ 153.
Menurut tulisan Prof. Ahmad Ibrahim bertajuk Sekatan-sekatan Dalam Perlaksanaan Undang-undangIslam Di Malaysia, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91). Seksyen 4 , memperuntukkan bahawa jika terdapat pertentangan atau percanggahan di antara Akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali Perlembagaan yang berkuat- kuasa pada tarikh berkuatkuasa Akta itu, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi undang-undang lain. Prof Ahmad menyatakan Seksyen ini hendaklah dimansuhkan.
Ramai dikalangan umat Islam gembira apabila pada tahun 1988 berlaku pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Parkara 121(1A) yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan awam tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pindaan ini sedikit sebanyak telah mengangkat martabat Mahkamah Syariah dari campur tangan oleh Mahkamah Sivil. Ini terbukti dengan beberapa kes mahkamah pasca pindaan.
Peruntukan 121 (1A) belum mampu mengatasi sepenuhnya masalah pertindihan kuasa ini.Ini kerana masih terdapat ruang yang membolehkan Mahkamah Sivil membicarakan perkara yang tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Akta Mahkamah kehakiman 1964 ini mampu memberi kebebasan hakim untuk merujuk atau tidak sesuatu kes ke mahkamah syariah atau terus diurus oleh mahkamah sivil.
Misalnya kes Sukma Darmawan Susmadjataat VS Ketua Pengarah Penjara Malaysia & SL [1999] 1 AMR 281, di mana Gopal Sri Ram HKR membuat keputusan bahawa Mahkamah Sivil Mempunyai bidangkuasa untuk membicara perayu yang dituduh melakukan kesalahan seks luar tabi’I di bawah Kanun Keseksaan walau pun terdapat Akta Jenayah Syariah yang memperuntukkan kesalahan liwat.
Walaubagaimana pun perlu kita lihat dari aspek lain, Akta Mahkamah 1964 sebenarnya menampilkan kemegahan, kekuatan dan kemandirian undang-undang sekular itu sendiri dan ia menyatukan keputusan hakim-hakim sivil seluruh negara.
Ketidakseragaman undang-undang berhubung penubuhan Mahkamah Syariah serta undang-undang syariah antara negeri masih menjadi masalah yang rencam.
Keadaan ini berbeza di Mahkamah Sivil yang mempunyai undang-undang seragam di seluruh negara yang diterima pakai semua Mahkamah Sivil seperti Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Bertam
12.35 malam
18 Jan 2014
Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Pengeluaran/Proses
Yuasa Battery Malaysia (MFG) 
017-6291368
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: