MYANMAR PERLU HENTIKAN KEGANASAN – PBB DAN OIC PERLU TEKAN MYANMAR LINDUNGI HAK MINORITI

Kenyataan Media MAPIM

18hb Januari 2014

Kami terkejut dan sangat prihatin terhadap perkembangan keganasan terkini di Maungdaw , Rakhine Myanmar. Berita yang disampaikan kepada kami 70 orang terbunuh dan 200 etnik Rohingya dicatat hilang dan mayat kanak-kanak diketemui di sungai .

Kami juga dikejutkan ramai penduduk kampung sedang ditahan dan ada sedang melarikan diri dan ditahan bila ditemui oleh pihak polis. Ada berita banyak rumah etnik Muslim Rohingya dicerobohi dan dimusnahkan oleh puak Rakhines pada 16 hbJanuary 2014 di Kilaidong ,Maungdaw. Ini adalah perkembangan yang sangat merisaukan yang memerlukan tindakan segera oleh agensi antarabangsa .

Mengambilkira pihak berkuasa Myanmar tidak bertindak seperti yang diharapkan sebelum ini , kami mengesa agensi antarabangsa mengeluar kenyataan tegas kepada Myanmar untuk menghentikan keganasan atau menghantar tentera pengaman PBB. PBB tidak boleh bergantung kepada bahasa diplomasi dari pihak Myanmar kerana ternyata Myanmar tidak serius menghalang perusuh Rakhine menyerang etnik Rohingya.

Sangat jelas bahawa keganasan sejak Jun 2012 yang disahkan oleh UN Special Rapporteur mengenai hak asasi manusia yang dilanggar oleh puak Rakhine yang disokong oleh regim tentera Myanmar , terus memusnahkan rumah dan membakar perkampungan Rohingya. Sekarang keganasan di utara Rakhine state tercetus dan PBB jangan menyangka ia tidak akan merebak sehingga ketahap yang lebih parah.

Kami menegaskan dan mengesa Majlis Keselamatan PBB jangan berlengah mengeluarkan resolusi khas mengenai Myanmar kerana apa yang berlaku di lapangan di Myanmar tidak menunjukkan keadaan semakin baik. Kami menyokong gesaan United Nations Special Rapporteur mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Tomás Ojea Quintana, yang mendesak agar pihak berkuasa menjalankan penyiasatan segera terhadap keganasan yang tercetus di Du Chee Yar Tan di Maungdaw, Rakhine State.

Walaupun kami sangat skeptikal Myanmar akan bertindak , kami menyokong gesaan supaya Myanmar patuh kepada undang-undang antarabangsa untuk menghukum mereka yang terlibat mencetuskan keganasan . Situasi ini tidak boleh diketepikan , kerana seperti dahulu , potensi keganasan itu menjadi genosid sepenuhnya tidak boleh dinafikan.

Tidak mengejutkan laporan yang diberikan kepada kami ada keadaan mungkin jauh lebih parah . Oeh itu PBB tidak sepatutnya berlengah melancarkan siasatan antarabangsa terhadap Myanmar . Kami mendesak gesaan wakil PBB itu yang menerima laporan Rohingya Muslim dibunuh dalam
operasi militari di Maungdaw dan mengenai mangsa lelaki , wanita , kanak-kanak ditahan , perlu bertindak untuk menekan Myanmar. Kami mendesak Asean menghantar mesej yang tegas kepada Myanmar bahawa negara itu akan menghadapi akibat yang negatif sebagai anggota Asean jika ia tidak serius mengujudkan keamanan di Myanmar .

Myanmar mesti menghormati undang-undang antarabangsa mengenai proses dan hak sesiapa yang ditahan , termasuk hak mendapat pembelaan dan perlindungan keatas wanita dan kanak-kanak. Myanmar mesti memberi akses kepada penyiasat bebas kepada mereka yang ditahan.
Mohd Azmi Abdul Hamid President MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: