WISMA PUTRA PERLU CAMPURTANGAN ISU PASANGAN RAKYAT MALAYSIA DI SWEDEN

Kenyataan Media MAPIM
21hb Januari 2014

MAPIM mengesa agar pihak Wisma Putra campurtangan kes penahanan pasangan suami isteri  rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden  serta isu penjagaan anak-anak mereka yang diserah untuk dijaga oleh keluarga bukan Islam .

Kami berpandangan dakwaan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Sweden  kepada kedua suami isteri rakyat Malaysia  itu yang berkait dengan kesalahan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat adalah isu yang boleh dibincangkan dengan pihak berkuasa Sweden kerana ia maseh dalam peringkat siasatan.

Sementera Sweden berhak menguatkuasakan undang-undang mereka , namun mereka juga perlu mengambilkira amalan dan hak agama warga luar yang tidak menjejaskan undang-undang atau keselamatan negara Sweden sendiri.

Pihak Wisma Putra perlu menggunakan hubungan diplomatiknya dengan Sweden agar isu ini ditangani dengan sebaik mungkin berdasarkan hak pasangan suami isteri yang berkenaan terhadap anak-anak mereka.

Kesalahan yang didakwa ke atas mereka mengikut undang-undang keluarga Sweden  boleh diatasi dengan nasihat dan perbincangan kerana ia berkait dengan kaedah mendidik anak-anak dalam hal tanggungjawab agama dikalangan keluarga Islam.

Pihak Sweden juga perlu faham bahawa keluarga Islam bertanggungjawab agar anak-anak mereka diasuh secara yang dituntut oleh agama Islam.

Apatah lagi anak mereka dihantar dibawah penjagaan keluarga bukan Islam oleh pihak berkuasa Sweden ketika ditahan. Ini jelas tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam di Malaysia . Pihak Sweden seharusnya berbincang dengan kedutaan Malaysia Di Sweden mengenai kedudukan anak-anak tersebut .

Dalam hal ini juga sepatutnya pihak kedutaan Malaysia di Sweden berunding dengan pihak berkuasa Sweden supaya anak-anak tersebut diurus sendiri oleh Kedutaan untuk sementara waktu..

Kami kesal pihak kedutaan Sweden di Malaysia tidak prihatin terhadap isu ini dan berlepas tangan dan tidak mahu menjelaskan kedudukan kes tersebut kepada beberapa pihak di Malaysia yang mengesa supaya kes ini diselesaikan dengan baik.

Kami berpendapat  Kementerian Luar Negeri Malaysia campur tangan dalam isu ini demi memastikan hak suami isteri dan anak-anak mereka tidak dinafikan oleh pihak Sweden.

Adalah sangat zalim jika hak anak-anak tersebut dihalang untuk bertemu dengan keluarga mereka  sementera kebajikan mereka dari segi agama diabaikan oleh penjaga yang bukan Islam.

Kami mengesa agar pihak Wisma Putera tidak membiarkan isu ini berlanjutan dan perlu menggunakan kebijaksanaan yang terbaik supaya undang-undang Sweden tidak sampai menafikan hak asasi pasangan suami isteri tersebut.

MAPIM prihatin jika isu ini tidak diselesaikan dengan baik , tanggapan rakyat Malaysia terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sweden akan terjejas.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: