SERUAN CAPAI PERMUAFAKATAN NASIONAL WAJAR

Kenyataan Media MAPIM
27 hb Januari 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius seruan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim agar usaha untuk mencapai Permuafakatan Nasional digerakkan melihat kepada suasana keharmonian negara yang semakin tergugat .

Kami bersetuju tanda-tanda  polarisasi kaum akibat tindakan pihak tertentu yang kerap melaungkan sentimen perkauman , telah menyebabkan suatu keadaan “bom jangka” kini ujud .

Senario ini sangat merbahaya kepada negara.

Kami mendapati keghairahan menimbulkan kecurigaan antara kaum telah mengakibatkan perpaduan dan muhibbah dalam masyarakat  diperjudikan sehingga ke tahap yang berpotensi mencetuskan ketegangan .

Saranan untuk berdialog antara BN dan PR adalah sangat wajar  bagi mencari penyelesaian kepada isu-isu pokok dalam negara seperti masalah urus tadbir , membasmi rasuah , dan membasmi keborosan serta ketirisan perbelanjaan negara dan isu yang menyentuh mengenai sensitiviti antara agama dan kaum .

Kami akur wujud insiden yang sering menimbulkan ketegangan antara penganut agama sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan keganasan.

Provokasi yang mudah melanjut menjadi ganas pernah berlaku dan bukan suatu yang tidak boleh dijangka di negara ini.

Kami sangat khuatir dengan suasana yang sedemikian rapuh.  Apa sahaja boleh berlaku bila ada pihak yang mahu negara ini berhadapan dengan konflik antara kaum dan dengan itu boleh mengulangi peristiwa 13 Mei 1969.

Oleh yang demikian BN dan PR perlu mengenepikan kepentingan survival politik tetapi hendaklah mengutamakan keperluan rakyat dan kestabilan negara.

Beberapa insiden yang tercetus kebelakangan ini menunjukkan ada tanda sentimen perkauman semakin mempengaruhi  pendirian awam. Ini juga termasuk media tertentu yang sering mengeskploitasi isu yang berbaur perkauman bertujuan untuk memperdalam rasa curiga dan berprasangka antara kaum.

Malangnya berlaku tindakan secara selektif terhadap mereka yang memprovokasi isu perkauman .
Natijahnya sungutan dan suara meningkatkan tuntutan berasaskan kepentingan kaum masing-masing semakin ketara dan menonjol.

Kami mengesa agar semua pihak menghormati kesepakatan yang telah dicapai sejak kemerdekaan negara dan keharmonian yang selama ini dapat dipupuk antara kaum.

Akan tetapi kami juga maklum bahawa kepincangan dalam menyantuni keperluan golongan yang tertindas merentas kaum sering berlaku , namun ia kerap menjadi punca  pihak tertentu mencetuskan prasangka antara masyarakat.

Seruan supaya pemimpin politik menampilkan ciri sebagai negarawan  dan mengenepikan kepentingan dangkal dan sempit yang mengadai keharmonian antara kaum dan penganut agama adalah sangat wajar.

Ternyata gejala politk defisit moral dan politik kepentingan diri  telah menyebabkan permuafakatan nasional untuk membina negara yang bersatu gagal dicapai.

Kami dengan ini menuntut perundingan untuk mencapai permuafakatan nasional melibatkan semua pihak ; pemimpin politik , masyarakat sivil , ilmuan , agamawan dan budayawan.

Mengenai kedudukan Islam yang menjadi unsur terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan , kami mengesa agar status Islam untuk menjadi dasar pembangunan negara tidak dipersoalkan .

Sensitiviti agama tidak boleh dipandang rengan dan segala khilaf hendaklah diselesaikan dengan cara mekanisme dalaman dan tidak diesploitasi sebagai isu media yang menambah ketegangan antara kaum.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: