SEPANDUK PROVOKASI AGAMA MESTI DIBENTERAS

Kenyataan Media MAPIM
27 hb Januari 2014

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi perhatian serius terhadap tindakan pihak yang memaparkan kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang hari kelmarin.

Ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.. Kain rentang itu yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian .

Ia bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).

Ini adalah tindakan provokasi yang sangat merbahaya dan boleh menimbulkan ketengangan antara kaum dan antara agama di negara ini.

Kami berpendirian percubaan untuk mengujudkan ketegangan antara penganut agama di negara ini adalah berniat jahat supaya keharmonian dan keamanan dapat digugat untuk kepentingan pihak tertentu.

Apatah lagi isu kalimah Allah maseh lagi panas didebatkan dalam masyarakat terutama bila kes tersebut dalam peringkat rayuan oleh pihak gereja ,

Meraih kepentingan politik perkauman dengan mengeksploitasi isu ini pasti boleh mengundang konflik terbuka antara warga negara ini yang terdiri dari pelbagai penganut agama.

Kami mengesa pihak polis bertindak pantas bagi mengenalpasti pelaku kepada perbuatan mengantung sepanduk berbaur provokasi itu dan segera merampas sepanduk tersebut sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

Tidak dapat dinafikan kain rentang itu jelas berniat membangkitkan ketegangan antara umat Islam dan Kristian,

Mapim sudah berkali-kali mengingatkan kepada pihak kerajaan bahawa sentimen keagamaan dan perkauman tidak boleh dibenarkan dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

Mengantung sepanduk itu  dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: