TULISAN JAWI PERLU DIARUSPERDANAKAN SEMULA

Kenyataan Media TERAS
30 hb Januari 2014

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) prihatin isu tulisan Jawi semakin diancam kepupusan. Jelas proses ia terpupus ialah akibat tulisan Rumi lebih menjadi pilihan. Malang lagi ialah akibat kerajaan sendiri yang tidak lagi memperakui tulisan jawi dalam pentadbiran dan program nasional.

Lebih parah , generasi muda Malaysia, yang diharap memikul tanggungjawab mempertahankan tulisan itu, kini semakin meminggirkan tulisan warisan yang wujud sejak tahun 1300 itu.   

Kami kesal pemegang jawatan yang berkuasa untuk mempertahankan jawi ternyata tidak mengambil peduli terhadap kepupusan tulisan jawi.

Malah yang lebih memalukan apabila  seorang ilmuan berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok yang meluahkan pandangannya terhadap nasib tulisan Jawi .

Sejak 1967 bila sistem pendidikan telah menetapkan tulisan jawi diganti kepada rumi , Utusan Melayu yang satu-satunya surat akhbar tulisan jawi akhirnya terkubur pada 2005.

Akibatnya generasi muda Malaysia kini terputus hubungan dengan tulisan jawi dan usaha mempertahankan jawi telah berakhir .

Tulisan Jawi sepatutnya dipertahankan diperingkat dasar kerajaan dengan memperundangkannya agar terkawal dari kepupusan seperti yang dilakukan oleh Brunei.

Professor Dr Kang malah menyuarakan pandangan yang sepatutnya diberi perhatian yang sangat serius oleh warga Malaysia . Menurutnya memang ramai warga asing berminat dengan tulisan ini tetapi hanya minat mengkaji, jarang ada warga asing seperti saya yang berusaha untuk pertahankan tulisan ini.

Kami berpendapat bahawa Malaysia harus mengambil contoh dari Brunei yang memperundangkan tulisan jawi.

Walaupun keseseluruhnya anak muda tidak lagi memilih jawi dalam pengajian mereka namun menerapkannya kembali secara undang-undang diperingkat sekolah seharusnya diintensifkan sehingga tulisan tersebut kembali menjadi tulisan berwibawa..

Sebenarnya membunuh tulisan jawi bermula dari sekolah lagi bila penggunaan tulisan jawi telah ditamatkan sendiri oleh Kementerian Pelajaran dibawah Menteri Khir Johari sekitar 1967.

Malangnya tidak berlaku penentangan daripada pihak pemimpin-pemimpin yang berkuasa ketika itu.

Harus diingat bahawa kegagalan mengembalikan tulisan jawi untuk menjadi tulisan arus perdana merupakan perkhianatan ke atas khazanah bahasa , budaya dan agama.

Malangnya hal ini tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan dan pelbagai organisasi Melayu sendiri.

Adalah menjadi suatu tempelakkan yang memalukan bila Professor Kang itu sendiri menyatakan  tulisan Jawi adalah suatu warisan universal bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak seharusnya diletakkan eksklusif hanya kepada bangsa Melayu semata

Soalnya kenapa tulisan Jawi yang merupakan khazanah yang wujud sejak dahulu lagi di negara ini dan diterima pakai oleh semua masyarakat Malaysia sebelum tulisan Rumi diperkenalkan sekitar tahun 1960-an kini ia menjadi sangat asing dan janggal untuk diguna semula sebagai tulisan arus perdana.

Kami menggesa program mengarusperdanakan tulisan jawi dilancar semula oleh pihak DBP sebagai sebuah agenda nasional.

DBP yang mempunyai sumber dan wibawa sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab mengembangkan dan mempertahankan bahasa dan pustaka bangsa tidak boleh berlepas tangan dalam isu pupusnya tulisan jawi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: