UNGKU AZIZ SILAP MENGENAI ISU PENYATUAN MELAYU

Kenyataan Media TERAS
27 hb Januari 2014

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan kenyataan Profesor Diraja Ungku Aziz bahwa  orang Melayu tidak mungkin bersatu, seperti orang Arab yang “payah bersatu” berbanding orang Jepun yang “bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama” adalah kurang tepat.

Pandangan beliau yang disiar dalam sebuah akhbar harian nampaknya terbatas pada kerangka penyatuan yang sempit iaitu penyatuan atas dasar bangsa semata-mata.

Sebaliknya bangsa Melayu pada asalnya adalah bangsa yang hidup berbudaya  bergotong royong dan bersepakat dalam pelbagai urusan dalam masyarakat.

Hanya disebabkan oleh pencaturan penjajah dan faham nasilionalisme sempit serta pengaruh aliran faham sekularisme , bangsa Melayu dipecahbelahkan melalui strategi ” pecah dan perintah ” menyebabkan orang Melayu kini berhadapan dengan realiti yang rumit untuk disatukan.

Kami berpendirian bukan satu angan – angan untuk menyatukan bangsa Melayu asalkan wujud kesepakatan antara pemimpin dan peranan media yang berhenti dari melaga-lagakan antara sesama kelompok orang Melayu.

Kerencaman dan sikap orang Melayu bukan alasan bangsa ini tidak boleh bersatu. Secara naluri setiap bangsa punya rasa kasih kepada bangsa sendiri.

Oleh itu apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan contoh teladan dikalangan pemimpin yang seharusnya mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur dalam perbedaan pendapat dan mengelakkan budaya fitnah.

Kami juga berpendirian sememangnya penjajah telah memberi kesan kepada sikap dan nilai orang Melayu , akan tetapi pemimpin Melayu jualah yang telah melanjutkan agenda penjajah sehingga pendidikan yang sepatutnya membentuk nilai hidup Islam yang kukuh gagal dilaksanakan oleh pemimpin Melayu yang berkuasa.

Rumpun Melayu yang terdiri daripada banyak keturunan tidak menjadi penghalang untuk bersatu kerana semua perbezaan yang ujudnya akhirnya telah disatukan oleh kedatangan Islam.

Sebab itu dalam isu kesatuan bangsa Melayu ,  Islam menjadi tunjang Melayu untuk bersatu dikalangan pelbagai keturunan yang wujud.

Dengan itu kami melihat bila ujud pemimpin Melayu yang mengenepikan agenda mengukuhkan penghayatan Islam dikalangan masyarakat dan menghalang perlaksanaan Islam sebagai dasar urustadbir dan organisasi sivil masyarakat Melayu,  telah menyebabkan Melayu tidak boleh bersatu.

Soal sikap dengki seperti yang diungkap oleh bekas naib canselor Universiti Malaya itu dan  bahawa wujudnya orang Melayu suka “tikam belakang dan dengki” , bagi kami  bukan suatu ciri umum orang Melayu. Apa yang menjadi ciri teras orang Melayu ialah mereka boleh bersatu bila menyentuh soal yang paling sensitif bagi mereka iaitu Islam.

Oleh kerana itu Islam hendaklah menjadi titik bermula penyatuan orang Melayu dan yang lain akan teratur dengan sendiri bila kepentingan Islam diletak tertinggi diatas segala yang lain.

Dalam masa yang sama segala faktor penghalang kepada penyatuan Melayu perlu diatasi. Perbuatan seperti pemangsaan politik atas sebab perbedaan parti , pendekatan kepartian ketika penganugerahan projek , pengambilan tanah milik Melayu , penyalahgunaan kuasa dan  kemudahan agensi awam ,  diskriminasi dan manipulasi  dalam media , peminggiran ulama dan ilmuan Melayu yang kritikal , kebebasan bersuara secara beradap , rasuah dan kronisme perlu dikikis habis-habisan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: