GESA TUNTUT LANGKAWI BEBAS DARI ARAK

Kenyataan Media GESA-MAPIM
1 hb Februari  2014

Gerakan Sokong Syariah (GESA) anjuran gabungan beberapa Ngo iaitu MAPIM , SALIMAH , TERAS dan LANDAS menuntut agar pihak kerajaan membatalkan bebas cukai ke atas arak di Langkawi dan dalam rangka kempen GESA di pulau ini atas tema “Langkawi Bersyariat” kami mendesak agar pulau ini bebas dari arak .

Kami mendapati undang-undang mengenai arak yang ada di negara ini terlalu longgar. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja ‘alcohol proved’ atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.

Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.

Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen.

Ha ini menyebabkan bir boleh dijual di 7 Eleven yang mana pekerjanya adalah juga dikalangan anak Melayu sendiri.

Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Jadi ini menunjukkan bahawa penjualan arak ini boleh dijual di mana-mana sahaja.

Memetik kenyataan daripada dokumen yang pernah dikeluarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) bertajuk 50 Cara Selamatkan Malaysia. Pada perkata ke-23

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan industri arak. Bukan sahaja masalah sosial merebak akibat arak malah negara akan berhadapan dengan risiko yang besar dari segi kesihatan awam dan keselamatan awam jika dibiarkan berterusan. Pemerintah tidak lagi boleh melihat industri arak sebagai penyumbang ekonomi negara sedangkan ia bukan sahaja dosa besar dalam menghalalkannya malah ia adalah musibah yang sangat berat untuk diatasi jika industri ini dibiarkan terintegrasi dalam ekonomi negara. Haramkan segala pengiklanan dan promosi arak. Benteras arak yang dijual secara pek yang murah yang mensasarkab anak muda untuk mudah membelinya.Semak semua premis penjualan arak dan jangan disambung jualan arak bila tamat tempohnya”.

Menurut Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 45 peratus penduduk dunia tidak mengambil minuman beralkohol

Kami ingin menjelaskan fakta status konsumsi arak di Malaysia amat memprihatinkan.

 Malaysia pengguna arak no.10 dunia!

 45% remaja bawah 18 tahun pengguna arak.

 Setiap tahun rakyat malaysia belanja RM 1.9  bilion untuk arak.

 200 000 orang adalah penagih arak.

 Carlsberg pernah untung RM 110 juta tahun 1999 di Malaysia

 Jualan samsu bernilai  RM 180 juta setahun.

 Prof Dr  M Parameshvara , kematian akibat arak lebih banyak berbanding akibat heroin.

Pada 10 November 2013 lalu, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di pulau Langkawi “ke tahap lebih tinggi” dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah.

Beliau menambah bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya, dan ini memerlukan “beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka” untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi.

Kami khuatir jika matlamat menarik pelancong berpendapatan tinggi dijadikan agenda utama , penghakisan moral dan akhlak serta kondisi sosial penduduk pulau ini dikompromi .

Malah kesan berantai akibat projek perlancongan tanpa batasan ini amat membimbangkan terutama terhadap budaya hidup masyarakat.

Tidak keterlaluan untuk kami menyatakan pembangunan sektor  pelancongan yang dibanhunkan tanpa kawalan dan tanpa kesedaran sosial yang tinggi bukan sahaja berpotensi mengugat moral masyarakat terutama golongan generasi muda malah seluruh tamadun Islam .

Kami dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak berdolak dalih lagi untuk membasmi gejala arak di pulau Langkawi  jika masa depan rakyat serta keutuhan sosial masyarakat mahu dijamin.

Kami amat yakin Langkawi tanpa arak tidak akan menjejaskan pelancongan di pulau ini kerana pelancong bukan datang ke Langkawi semata-mata untuk minum arak.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 315,048 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: