LAKSANAKAN SYARIAH, WAJIBKAN BERHIJAB

Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Sariah (GESA)
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Tarikh 1 Februari tahun ini adalah kali kedua disambut sebagai Hari Hijab sedunia.
Hijab atau istilah lain di Malaysia berkelumbung, pakai tudung atau jilbab di Indonesia. Istilah ini sewajarnya tidak lagi menjadi topik canggung sejak revolusi Islamisasi tahun pertengahan 1970an hingga awal 1980an yang dilakukan oleh ABIM, PKPIM, Al Arqam di kampus-kampus. Sebelumnya, memakai tudung dalam filem-filem adalah janggal, kalau pakai pun hanya skaf atau anak tudung sahaja sebagai syarat itu pun watak-watak benar-benar solehah sahaja yang memakainya misalnya watak ustazah.
Kehadiran penjajah sebenarnya telah banyak merubah sosial umat islam Melayu antaranya adalah budaya menutup aurat. Adalah suatu yang boleh dipercayai bahawa suatu ketika sejak zaman Kesultanan Kedah dan Melaka, umat Islam telah menutup aurat dengan sempurna. Mereka tidak memakai kain batik sepertimana watak -watak filem Chatay Keris lakonan Latifah Omar dan seangkatannya. Nenek moyang kita pernah mengalami pemerintahan dengan 100% syariah dilaksanakan. Hal inilah yang antaranya termaktub dalam isi Batu Bersurat Kuala Berang.
Jika hudud yang begitu sukar dilaksanakan pernah dilaksanakan oleh Raja Melayu inikan pula berhijab aau bertudung litup. Namun tiada rekod atau video yang mampu merakam keindahan syariat ini. Sumber bacaan sejarah kita hari ini malah Sulalatus Salatin kita pun disalin daripada salinan luar negara (Goa India) dan banyak maklumat yang masih tersimpan di Muzium dan perpustakaan penjajah. Dalam naskhah kita hati ini, kita difahamkan bahawa wanita Islam zaman dahulu di Tanah Melayu tidak berhijab, hanya berselubung selendang kain batik semata-mata.
Penulis masih teringat bagaimana penyampai berita TV3 bernama Azura memakai tudung, Ustaz Shamsuri dalam siri kulianya pernah menyarankan para pendengar untuk menulis poskad menyatakan tahniah dan syukuyr kerana beliau berani melawan arus menutup aurat dalam media sekular Malaysia.
Namun walaupun puluhan tahun berlalu, negara telah lama merdeka, syariat makin padu sewajatnya, masih kedengaran berita-berita penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Penulis masih ingat diingatan bagaimana mahasiswi yang bertudung labuh didiskriminasi, dibuang kolej kediaman kerana dikatakan ekstrim, ortodoks dan sebagainya.
Dalam facebook World Hijab Day, Maryam Shila (Dubai) menulis komentar
“I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a cover. It is where you can define modesty, and chastity, and righteousness.”
Rasa pelik dan canggung dengan perlaksanaan syariah personal sepertimana menutup aurat ini bukan perkara baru. Malah ia juga berlaku di Malaysia.
Misalnya di Malaysia isu yang masih panas adalah kontroversi diskriminasi ke atas seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarah membuka tudung semasa mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan ina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, baru-baru ini.
Manakala Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana memakai tudung dalam majlis yang menghidangkan arak.
Beliau sepatutnya menyanyi bersama band Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas. Namun dalam hal ini isu wanita berhijab juga perlu mengetahui ilmu syariah lebih menyeluruh di mana hukum wanita bernyanyi lagu nyanyian lagha (sia-sia) serta hukum mengimarahkan majlis arak perlu difahami bukan sekadar isu diskriminasi wanita berhijab semata-mata.
Penulis ingin menyelit satu kes yang melibatkan kes menutup aurat di kalangan lelaki sebagai rujukan tambahan. Diskriminasi terhadap atlit menutup aurat juga berlaku terhadap pemain takraw di Malaysia negara wasatiyyah ini. Dahulu pernah berlaku kekecohan pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super 2011 di Dewan 2020, Kangar, Perlis selepas berlaku pertikaian seluar panjang Fauzi Ghazali (kini Allahyarham) sebagai pemain pasukan Perak dalam perlawanan tersebut.
Walaupun Perak telah menang 2-1, keputusan perlawanan itu diubah menyebelahi Kedah ekoran bantahan terhadap pemakaian seluar panjang ‘sut trek’ yang didakwa tidak menepati peraturan permainan yang ditetapkan PSM mahupun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf). Bekas tekong Sukan Asia Busan 2002 itu juga dikenakan kad merah dan dibuang daripada kejohanan oleh pengadil apabila masih berkeras memakainya sebelum menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan digantung daripada sebarang kejohanan anjuran PSM sehingga kesnya dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib. Inilah antara kes diskriminasi menutup aurat di Malaysia.
Berkempen isu hijab juga merupakan salah satu daya tarikan dakwah kaum bukan Islam. Ada fahaman sekular menganggap jika ingin mendekti non muslim, kita perlu kelihatan seperti budaya mereka. Hal ini terbukti salah. Misalnya seorang gadis Inggeris Jessica Rhodes (21) memeluk Islam dan telah mendapat petunjuk setelah mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.
Kini statistik muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.
Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.
Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam
Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi dan mendorong wanita bukan Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan mengalami pengalaman memakai tudung, sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.
Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.
Kempen berhijab di Malaysia masih terbatas, malap dan lemah. Ia kelihatan diswastakan kepada masjid-masjid sahaja dimana papan tanda menutup aurat hanya dipasang sebagai syarat wanita berada di kawasan perkarangan masjid. Malah kelihatan juga kerja berjuang memperomosi menutup aurat juga diswastakan kepada NGO-NGO islamik sahaja tanpa penguat kuasaan oleh pihak kerajaan sendiri.
Didikan menutup aurat pasti gagal jika anak isteri pemimpin negara masih jauh daripada hijab. Malah masih ramai pemimpin bergaya berfoto membuka aurat malah anak-anakpemimpin yang tidak menutup aurat berpesta sosial luar negara kerap memuat masuk gambar berkenaan di laman sosial sehingga menjadi ‘inspirasi’ kepada remaja negara iniuntuk menolak menutup aurat.
Bersempena hari Hijab Sedunia tahun ini, Gerakan Sokong Syariah (GESA) menyarankan dengan tegas agar pihak kerajaan mewajibkan rakyat untuk menutup aurat dalam majlis rasmi kerajaan, diadakan kod berpakaian menutup aurat bagi penjawat awam dan mewajibkan isteri atau pemimpin wanita menutup aurat sebagai langkah meralisasikan istilah negara wasatiyyah yang sejati. Rakyat perlu dididik. Pemimpnlah yang perlu memulakan langkah memartabat syariah melalui salah satu juzuknya iaitu menutup aurat.
Bertam 2 Feb 2014
3.43 pagi
Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Pengeluaran/Proses
Yuasa Battery Malaysia (MFG) 
017-6291368
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: