JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM

Kenyataan Media TERAS
8 hb Februari 2014

TERAS mengingatkan organisasi yang mendakwa membela Islam dan Melayu agar tidak melakukan sesuatu yang menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Islam.

Malah menunjukkan tindakan  melanggar adab Islam boleh mendatangkan fitnah kepada masyarkat Islam dan Islam itu sendiri.

Teras kesal terhadap perlakuan yang melampau yang ditunjukkan oleh sekumpulan orang Melayu yang mendakwa membela pemimpin Melayu , Islam dan Raja Melayu.

Kami mempersoalkan dari mana kumpulan ini mendapat ide mahu menunjukkan kelakuan seperti yang ditonjolkan . Lebih-lebih lagi kami mahu tahu sumber mana yang dipakai untuk mereka menawarkan hadiah untuk mencedarakan seseorang secara terbuka.

Betapa marah sekalipun terhadap perlakuan pihak lain tidak boleh menjadi alasan untuk menunjukkan kelakuan melampau yang tidak diajar dalam Islam.

Sesungguhnya tingkahlaku orang lain tidak boleh menjadi pedoman kepada kita melakukan sesuatu yang sama atau melampau sebagai tindakbalas.

Kelakuan seperti yang ditunjukkan oleh bebrapa Ngo dan perkumpulan Melayu itu tidak boleh mendakwa mewakili Ngo Islam , jauh sekali mewakili bangsa Melayu mahupun Islam.

parah lagi perbuatan itu menonjolkan sikap nasionalisme yang menyimpang dari kehendak Islam dan boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap Islam.

Kami berpandangan umat Islam dinegara ini tidak memerlukan perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan tersebut kerana betapapun kemarahan meluap-luap ia tidak boleh mendakwa memperjuangkan Islam.

Menghalalkan perbuatan batil untuk mencapai matlamat yang sah adalah tertolak. Melakukan kemudharatan kecil untuk mengundang kemudharatan lebih besar samasekali tidak boleh diterima.

Kami mengesa supaya perjuangan memperkukuhkan status bangsa dan Islam jangan dicemari oleh perlakuan yang tidak senonoh.

Semua pihak mesti menunjukkan kematangan yang lebih dihormati berdasarkan ilmu dan hujah yang kukuh. Bukan dengan cara yang bersifat cabar mencabar serta membakar emosi yang tidak bermanfaat.

Menunjukkan sifat ranggi dan samseng bukan cara orang Melayu yang diasuh oleh perjuangan Islam yang tulin. Perjuangan Melayu yang berteraskan nasionalisme cauvinis  tidak boleh mewakili perjuangan Islam yang mulia.

Kami mengesa pihak berkuasa tidak memandang ringan intimidasi yang merbahaya dan boleh mencetus ketegangan antara kaum. Perbuatan seperti yang ditunjukkan oleh pihak berkenaan adalah resepi untuk mencetus keganasan yang tidak boleh dikompromi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: