BATALKAN KEBENARAN PESTA MUZIK EUPE

Kenyataan Media MAPIM
9hb Februari 2014

Kami membantah dengan keras rancangan  EUPE Corporation Berhad yang akan menganjurkan Pesta Muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai “Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia” yang bakal diadakan  pada 1hb. Mac 2014 di Taman Tema Air “The Carnival” – Cinta Sayang Resort,  Sungai Petani

Kami berpendirian masyarakat tidak wajar didedahkan dengan pesta muzik berskala mega yang hanya berunsur hiburan liar yang tidak melambangkan budaya kebangsaan negara ini.

Apatahlagi pesta muzik tersebut dikatakan akan menjadi pentas kebudayaan antarabangsa yang melibatkan artis luar negara (Korea & Taiwan); termasuk 2 orang artis Melayu tempatan.

Kami mempersoalkan tujuan pesta itu diadakan dikawasan yang berdekatan dengan kediaman awam yang telah menimbulkan bantahan dari masyarakat tempatan.

Persoalannya apakah pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak menimbangkan implikasi kepada masyarakat tempatan apabila acara seperti ini dibenarkan .

Sasaran pengunjung dikatakan  melebihi 20,000 orang yang pasti akan  menimbulkan kekecohan awam bila anak muda berhimpun didalam acara pesta muzik seumpama itu.

Persembahan dikatakan juga termasuk tarian Electro-pop dan K-Pop yang dijangkakan akan menambah keliaran suasana dalam pesta tersebut.

Kami menegaskan rakyat tempatan dan negeri Kedah keseluruhannya tidak memerlukan hiburan liar seperti ini. Rakyat tidak berbangga jika terpilihnya anak tempatan sempena Pesta Muzik ini untuk layak ke Kejohanan Tarian Hip Hop Antarabangsa 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat seperti yang diumumkan.

Apatah lagi pihak penganjur berhasrat menjadikan “PEMF” sebagai cara tahunan, ia tidak melambangkan sebarang usaha untuk menghormati kebudayaan dan sensitiviti masyarakat tempatan.

Kami menyokong Jawatankuasa Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Muzik “Planet Eupe Music Fest”  Khariah Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, yang telah mengemukakan Memorandum Bantahan ke atas anjuran pesta muzik tersebut kepada Menteri Besar Kedah pada 6hb. Februari 2014.

Kami menegaskan bahawa negeri Kedah tidak boleh dijadikan negeri yang dikenali dengan budaya pesta muzik liar yang boleh menjejaskan moral generasi muda . Pesta muzik seperti yang dirancang akan dilaksanakan tidak menghormati persoalan agama Islam .

Pihak berkuasa tempatan dan negeri mesti memastikan supaya negeri Kedah tidak berkembangnya budaya menganjur acara yang boleh mempengaruhi anak muda dengan hiburan liar dan melekakan.

Kami menuntut supaya panduan kelulusan acara hiburan seperti yang tertera dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 hendaklah disemak semula supaya semua acara hiburan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Kami mendesak supaya pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kedah membatalkan kelulusan untuk membenarkan Pesta Muzik berlangsung di negeri Kedah.

Keutamaan kepada membentuk generasi muda khususnya dan masyarakat umumnya dengan budaya hiburan yang beradab mengikut Islam hendaklah dijadikan dasar negeri ini.

Adalah didak munasabah bila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majkis Mahabbatur Rasul , tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung.

Kerajaan negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya.

Kami berpendirian negeri  Kedah tidak akan rugi jika kerajaan negeri  tegas dan tidak berkompromi  dalam memastikan semua jenis hiburan hendaklah menepati kehendak Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Turut Menyokong:

TERAS Pengupayaan Melayu
Warga Permuafakatan NGO Islam Kedah
Ummah Care
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
Persatuan Ulama Kedah
Pusat Satuni Rakyat
Ankatan Belia Islam Malaysia
Isntitut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti
Sekretariat Gerakan Sokong Syariat

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2014
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  
%d bloggers like this: